Saturday, March 19, 2016

Pemenang Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2002


a) Kategori Individu Sekolah Rendah

Johan: Ng Seng Hon
SK ST. John 94000 Bau, Sarawak
Tajuk : Kit Mula Belajar Matematik
Sinopsis: Kit Mula Belajar Matematik mengandungi bahan untuk lebih 20 aktiviti permainan matematik yang boleh digunakan oleh murid prasekolah sehingga murid Tahun 6. Proses pembelajaran berlaku tanpa disedari murid melalui aktiviti permainan yang melibatkan perbincangan guru dengan murid sesama murid.

Naib Johan: Zulkafly bin Othman
SK Taman Senangan, 13050 Butterworth Pulau Pinang
Tajuk: Teknik Penulisan Set Minda
Sinopsis: Teknik Penulisan Set Minda merupakan teknik menulis karangan yang memberi penekanan kepada kata kunci. Pengenalan formula dalam penulisan karangan ini juga dapat membantu murid menulis karangan dengan berkesan.

Ketiga: Che Minah bt Mamat
SK Pulai Chondong, 16600 Pulai Chondong Kelantan
Tajuk: Laman Gemilang
Sinopsis: Laman Gemilang menekankan kepada usaha memupuk minat  belajar di kalangan murid Tahun 6 Tekun. Guru berperanan sebagai pembimbing dan murid belajar dalam kumpulan masing-masing. Melalui budaya belajar yang diamalkan , program ini telah dapat membantu meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR.

b) Kategori Individu Sekolah Menengah

Johan: Ahmad Zamri bin Aziz
SMK Wakaf Bharu, 16250 Wakaf Baru Kelantan
Tajuk : Putar Gerak Tindih (PGT)
Sinopsis: Penggunaan kaedah PGT memudahkan pemahaman murid tentang pendaraban dua matriks. Kaedah digunapakai di beberapa buah sekolah dalam daerah Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan. Menurut guru yang mengunakan kaedah ini pengajaran konsep pendaraban matriks lebih berkesan.

Naib Johan: Liao Yung Far
SMK Tinggi Perempuan Melaka, Durian Daun, 75400 Melaka
Tajuk: Membeli belah dengan Pemfaktoran
Sinopsis: Kaedah ini telah memudahkan pemahaman murid tentang konsep asas algebra terutamanya konsep pemfaktoran. Melalui kaedah ini murid diperkenalkan kepada konsep asas algebra secara kontekstual dengan mengaitkannya kepada situasi kehidupan seharian.

Ketiga: Jacinta Chan Suan Khin
SMK Muara Tuang, Jalan Datuk Mohd Musa, 93250 Samarahan Sarawak
Tajuk: Pengajaran dan Pembelajaran Sains Secara Aktif Berdasarkan Tajuk ”Production And Efect of Acid Rain on Plants”
Sinopsis:Kaedah ujikaji ini menunjukkan kesan asid terhadap tumbuh-tumbuhan secara langsung dalam masa yang singkat. Ujikaji mudah dilaksanakan dan dapat memberi kesedaran kepada murid tentang kesan negatif hujan asid terhadap alam sekitar.

c) Kategori Kumpulan

Johan: Abd Halim bin Hj Ahmad, Mohd Isa bin Abu Bakar, Hj Mohd Fauzi bin Ghazali, Nor Mashiroh bt Shuib, Leena A/P Ban Did, Asnida bt Mohd Saad & Hasmah bt Mohd Nor
SMK Bukit Jenun,06720 Pendang Kedah
Tajuk : Suntikan Jauhar
Sinopsis: Tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid dipertingkatkan menerusi program ini. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memperkukuhkan kemahiran murid bertutur, membentuk ayat, menulis karangan dan menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin. Program ini telah berjaya membentuk suasana persekitaran di sekolah yang dapat merangsangkan murid menguasai Bahasa Inggeris dan meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris dalam peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2001

Naib Johan : Azahari bin Mohd Nordin & Aida bt Abdul
SK Laksamana, 34650 Kuala Sepetang Perak & SK Kg Jambu 34000 Taiping Perak
Tajuk: Prasematik
Sinopsis: Program yang diperkenalkan pada tahun 2001 telah dapat menarik minat murid mempelajari Matematik. Dalam kaedah yang digunakan ini murid yang berkebolehan dalam Matematik dilantik sebagai pembimbing untuk memembantu rakan yang menghadapi kesulitan menjawab soalan. Bantuan guru hanya diperlukan sekiranya penerangan pembimbing masih tidak berkesan.

Ketiga: Hjh Zainee bt Mohd Ishak, Nasimah bt Mohamed Salleh, Noraini bt Ibrahim & Tay Boon Tiong
SMK Raja Sakti, 16150 Kota Bharu Kelantan
Tajuk: WWW.BIOSAKTI.COM.MY
Sinopsis: Projek ini mengandungi modul pengajaran dan bahan bantu mengajar untuk tajuk kerangka mamalia bagi mata pelajaran Biologi tingkatan 4 dan 5. Modul pengajaran dihasilkan oleh guru manakala bahan bantu mengajar dihasilkan oleh murid sebagai aktiviti Persatuan Sains sekolah. Dalam waktu pengajaran dan pembelajaran, murid menjalankan aktiviti mengikut 17 stesen serta menjawab soalan dalam modul pengajaran.

Pemenang Keseluruhan:
Ahmad Zamri bin Aziz
SMK Wakaf Bharu, 16250 Wakaf Bharu Kelantan
Tajuk : Putar Gerak Tindih (PGT)

Wallahu ’’alam

Direktori Pemenang
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan 2002-2013
KPM, 2013 ms 3-6

No comments:

Post a Comment