Saturday, November 1, 2014

STEM ( 2 )

GELOMBANG  1

OBJEKTIF 1

*      Objektif Pengukuhan STEM dalam Gelombang 1 (2013-2015) ialah mengukuhkan asas pembelajaran.

STRATEGI

*      Kurikulum – Standard Antarabangsa ®  Minat Murid
*      Penambahbaikan pentaksiran kebangsaan dan pentaksiran PBS
*      Semakan  secara menyeluruh terhadap infrastruktur sedia ada.
*      Penyediaan Geran  Per Kapita (PCG) untuk Matematik dan Sains
 
OBJEKTIF 2

*      Objektif pelaksanaan Inisiatif Pengukuhan STEM
                yang kedua ialah mengukuhkan kemahiran dan
                kebolehan guru.
*      Penilaian diagnostik.
*      Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) untuk Sains.
*      Perpustakaan video pengajaran harian terbaik guru Sains dan Matematik.
*      Latihan untuk guru - kurikulum baharu dengan berkesan.
*      Satu waktu seminggu -guru Sains dan Matematik.
*      Pertandingan inovasi pengajaran dan pembelajaran
*      Menggunakan peralatan ICT secara lebih berkesan.

OBJEKTIF 3

*      Objektif pelaksanaan Inisiatif Pengukuhan STEM yang ketiga ialah meningkatkan kesedaran pihak awam dan murid.
*      Kerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi melaksanakan kempen kesedaran awam kebangsaan melalui televisyen, surat khabar, dan media sosial. 
*      Kerjasama dengan stesen televisyen.
*      Peluasan program pusat sains bergerak.
*      Kempen bagi memaklumkan pihak awam mengenai kepelbagaian peluang kerjaya dalam bidang berkaitan STEM.

OBJEKTIF 4

*      Objektif  terakhir dalam Gelombang 1 ialah sokongan melalui pemberian insentif.
*      Kaji lebih banyak insentif bagi menggalakkan murid:
                                 i.            Meningkatkan pelepasan cukai bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 atau Matrikulasi dalam aliran sains.
                               ii.            Meningkatkan jumlah biasiswa bulanan untuk murid STPM dalam aliran sains.
                              iii.            Anugerah kepada guru STEM yang cemerlang.
*      Pelaksanaan KPI berkaitan STEM


GELOMBANG 2

*      Dalam Gelombang 2 (2016-2020), KPM akan membina kemajuan atas asas yang disediakan.
*      Kurikulum KSSM dan KSSR semakan semula akan dilaksanakan.
*      Mulai 2019, Kementerian akan mengambil bahagian dalam pentaksiran TIMSS bagi Gred 4.
*      Kementerian akan menggalakkan perkembangan komuniti pembelajaran antara sekolah bagi membolehkan guru berkongsi pengalaman mengajar kurikulum baharu, belajar sesama mereka, dan menyediakan maklum balas kepada Kementerian.
*      Kementerian akan menaik taraf peralatan dan kemudahan sains sedia ada di sekolah supaya berada dalam keadaan optimum untuk pengajaran dan pembelajaran STEM yang berkesan.
*      Kementerian akan memperluaskan program kesedaran STEM kepada murid sekolah rendah dan ibu bapa mereka.


GELOMBANG 3

*      Dalam Gelombang 3 (2021-2025): KPM akan melakukan inovasi pada peringkat seterusnya di mana Kementerian akan menilai kejayaan semua inisiatif dari kedua-dua gelombang terdahulu dan membangunkan pelan tindakan masa hadapan.
*      Kementerian juga akan memperkenalkan inisiatif dan program baharu secara berperingkat.  

No comments:

Post a Comment