Sunday, November 2, 2014

Renungan 9


Perkahwinan merupakan anugerah Allah swt kepada insan yang terpilih. Pasangan pula merupakan amanah Allah swt, maka sewajarnya segala isu yang timbul dalam perkahwinan perlu dikembalikan dan dikongsi dengan Allah swt. Dalam surah ar-Rum, ayat 21, Allah berfirman: Di antara kebenaranNya, diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa tenteram antara satu sama lain, dan dijadikanNya kasih sayang dan belas kasihan antara kamu, sesungguhnya hal itu menjadi ketenangan bagi orang yang berfikir.

Justeru, berfikirlah bagaimana untuk mengembalikan kebahagiaan dalam perkahwinan puan kerana Allah sendiri menyebut dalam kalamNya bahawa pasti ada kebahagiaan dalam perkahwinan bagi mereka yang mahu berfikir. Kata pujangga : Fikir itu pelita hati. Jangan terlalu menurut hati yang tidak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan untuk manusia berfikir.

Wallahu a’lam.

Ya Allah
Hjh Maimunah Hj Mohamad
& Dr Noor Azniza Ishak, ms 63
2008


No comments:

Post a Comment