Sunday, August 7, 2011

Sedekah

Daripada Abu Burdah daripada bapanya, bahawa Junjungan Nabi saw telah bersabda : atas tiap-tiap orang Islam itu sedekah. Maka berkata mereka : Wahai Rasulullah! Maka barang siapa yang tiada dapat (berbuat demikian)?. Maka ia berkata : Bekerjalah dengan tangan maka ia dapat memberi guna kepada dirinya dan ia bersedekah. Berkata mereka, Maka jika tiada dapat?. Berkata ia : Menolong orang yang mempunyai hajat yang meminta pertolongan. Berkata mereka : Maka jika tiada dapat juga? Berkata ia : Maka hendaklah ia bekerja dengan kebajikan dan hendaklah ia tegah daripada kejahatan kerana bahawasanya (perbuatan itu) sedekah baginya.

Kemulian RamadanMu tumbuh membesar dihati kami Ya Allah....mudah dan berkati kehidupan kami Ya Tuhan. dengan amalan bersedekah....ameen.

No comments:

Post a Comment