Friday, June 10, 2011

Seni hidup

Tampilkan diri ‘ all in one ‘ yang serba boleh dengan menuju kesempurnaan secara berdikari. Dikala timbang dan ingat, elakkan huluran tangan di bawah, mengharap ehsan  dan belas kasihan orang lain terutama yang tak punya senyawa darah dengan kita. Usah dimanja dan diulit diri dengan  tagihan ‘tongkat’. Cabarlah diri. Kakinya menapak tanah, kita pun. Tatalah dengan seni kehidupan. Kabur di pandangan mata bersinar jua di lipatan hati.Coraklah sendiri kanvas kehidupan. Carilah ‘alat lukis’ yang lengkap menerusi kehidupan beragama. Hidup ada tanda titik. Bersegeralah kepadaNya.

Rodhi tu Billah hi Robba! Wa bil Islami dinaa! Wa bil Muhammadin nabiyya wa rosula! Wa bil Quraani Imamaa! Wa bil Ka'baati Kiblataa! Wa bil Mu'mininaa Ikhwanaa!

( Aku  redha, Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai Agamaku, dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku, dan Quran sebagai Imamku, dan  Ka'bah sebagai kiblatku, dan orang mukmin sebagai saudaraku )

Istajib duaa ana ya Allah. Ameen Ya Rabbal aalamen

No comments:

Post a Comment