Thursday, June 2, 2011

Kemuliaan kesederhanaan


Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan, sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya. Kesederhanaan menimbulkan keadaan yang bersih, kemas, selesa dan harmoni.

Sesuatu yang keterlaluan umpamanya hiasan yang berlebihan tidak menyenangkan mata memandang. Begitu juga orang yang suka menggunakan perkataan-perkataan yang bombastic tidak begitu disenangi.

Dalam tugas sehari-hari, sikap sederhana dalam percakapan, mengeluarkan arahan, bergaul, berpakaian yang sopan dan lain-lain adalah sangat penting bagi meningkatkan kecekapan sesuatu organisasi.Perbuatan seperti melambatkan kerja, ponteng kerja dan melanggar disiplin tidak boleh dibiarkan kerana ini bukan dianggap sederhana lagi.

“Only those who have the patience to do simple things perfectly ever acquire the skill to do difficult things easily, “ jelas Johann C. Schiller

Ok bila :

  • jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan
  • tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
  • tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
  • bersifat pemaaf dalam pergaulan
  • boleh menerima teguran
  • berlaku adil dalam semua tindakan
  • menepati janji
  • sedia menerima cadangan dan nasihat
  • jujur dan ikhlas
  • merendah diri
  • bijaksana dalam membuat pertimbangan
  • bermaruah dan berhemah tinggi
  • berjimat cermat
  • cermat dalam kata-kata
  • tidak memperagakan kemewahan
  • mesra dalam pergaulan
  • senang didampingi oleh semua pihak
Ko bila :

  • menonjol-nonjolkan diri
  • bercakap dengan menggunakan perkataan bombastic
  • berkelakuan mengada-ngada
  • sombong dan meninggi diri
  • menyukarkan persoalan yang mudah
  • memperbesar-besarkan perkara kecil
  • kedekut atau berlebihan dalam memenui keperluan organisasi
  • berlebih-lebihan mengampu ketua
  • memperagakan kemewahan dan kedudukan
  • membazir dan merosakkan harta kerajaan
  • kerap menghias diri di pejabat
  • bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal
( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

No comments:

Post a Comment