Sunday, June 19, 2011

Masa dan sifatnya :

  1. Pantas peredarannya
Manusia akan merasa lebih pantas perjalanan masanya seandai mereka sedang bergembira dan lambat peredarannya jika mereka dalam kedukaaan. Walhal perjalanan dan peredaran adalah sama sahaja. Suatu syair membaitkannya sebagai :

Telah berlalu tahun-tahun yang dipenuhi dengan pendampingan dan kegembiraan. Seolah-olahnya dari kesingkatannya beberapa hari sahaja.
Kemudian disusuli pada hari-hari perpisahan selepasnya.
Seolah-olah hari tersebut dari segi kepanjangannya beberapa tahun
Kemudian berlalulah hari-hari tersebut dan ahli-ahlinya
Seolah-olah (tahun-tahun itu) dan mereka yang berada di dalamnya seperti mimpi sahaja.


  1. Masa yang berlalu tidak akan kembali semula
Setiap hari menyinsingnya fajar akan diseur : Wahai manusia, aku makhluk yang baru, pekerjaanmu menjadi saksi. Justeru itu tambahlah bekalan daripadaku kerana aku apabila pergi tidak akan kembali semula sehingga hari kiamat
                                   
                                                                                                ( Imam Hassan Al-Basri )

  1. Sangat bernilai, tidak boleh dimiliki oleh manusia
Wahai anak Adam! Kamu adalah himpunan hari-hari apabila berlalunya suatu hari telah berlalu sebahagian daripada kamu.

( Imam Hassan Al-Basri )

No comments:

Post a Comment