Wednesday, June 1, 2011

Keseronokan bekerja

Sejak zaman berzaman kerja ialah satu beban yang perlu dilakukan untuk hidup sama ada membanting tulang ataupun memeras otak. Kerja bukanlah sesuatu yang ringan malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya. Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimis kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.

Pertama, bekerja hendaklah dijadikan suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaran. Kedua, kerja itu hendaklah dijadikan cabaran yang memerlukan bukan saja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti anda. Ia merupakan sumbangan yang hendaklah dikaitkan dengan kebajikan untuk masyarakat dan negara.

Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil itu telah berjaya membangunkan negara. Ketiga, jika kerja itu kita anggap domain kita atau pengkhususan kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.

“ Work done spontaneously and joyfully is never oppressive,” tegas Mahatma Gandhi.

Ok bila :

  • menganggap kerja sebagai ibadat
  • mempunyai inisiatif sendiri
  • menghasilkan sesuatu yang berfaedah
  • mempunyai komitmen terhadap kerja
  • sedia memberi kerjasama
Ko bila :

  • menganggap kerja sebagai beban
  • tidak komited
  • sentiasa mengharap dorongan oleh ketua
  • tidak diberi masa yang mencukupi
  • kerja tidak diiktiraf
  • hanya menunggu arahan
  • tidak berdisiplin
  • tidak suka menolong
  • tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
  • tiada peluang untuk meningkat
  • tidak dipercayai dan selalui dicurigai
( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

No comments:

Post a Comment