Friday, February 17, 2017

Wasiat Sultan ’Alaudin

Kepada puteranya, Sultan Mahmud Syah

Hai anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak bersabar dan ampunmu akan segala hamba sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia kerana Firman Allah Taala yang bermaksud: Allah Taala serta pada segala yang sabar. Dan jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, satu pekerjaan Allah dan satu pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah dari pekerjaan dunia.

Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala yang akan memeliharamu, iaitu bertawakkallah kepada Allah. Dan segala anak Melayu walau bagaimana besar dosanya jangan oleh mu di’aifi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka bunuhlah, kerana segala Melayu itu ketahananmu seperti kata Arab al-abdi tin’ul maulahu, yang hamba itu tanah tuannya.Jikalau engkau bunuh ia dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa.

Hai anakku hendaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini dan engkau kerjakan supaya berkat diberi Allah swt.

Wallahu ’alam

Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor

No comments:

Post a Comment