Saturday, February 11, 2017

Kemahiran Berfikir ArasTinggi (KBAT) (1)

Latar belakang

Onosko dan Newmann (1994) mendefinisikan pemikiran arast inggi sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baharu. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasi maklumat yang telah diperoleh lebih awal  untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baharu mungkin tidak akan membuahkan hasil. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Proses pemikiran aras tinggi merangkumi tiga andaian tentang pemikiran dan pembelajaran. Pertama, aras pemikiran tidak boleh dipisahkan daripada aras pembelajaran; perkara ini melibatkan kesalingbergantungan. Kedua, dalam kehidupan sebenar, murid mempelajari konsep pembelajaran melalui pengalaman mereka dalam komuniti dan di sekolah. Konsep dan perbendaharaan kata yang mereka pelajari dalam tahun terdahulu akan membantu mereka dalam pemikiran aras tinggi dan kandungan pembelajaran yang baharu padamasa akan datang.Ketiga, pemikiran aras tinggi melibatkan pelbagai proses pemikiran yang diaplikasikan kepada situasi yang kompleks dan mempunyai pemboleh ubah berganda. Kejayaan menggunakan pemikiran aras tinggi bergantung kepada keupayaan seseorang individu mengaplikasi, mengenal pasti dan memerihalkan pengetahuan dalam konteks situasi pemikiran tersebut.

Dewey (1933) menyatakan bahawa proses pemikiran terdiri daripada satu rangkaian peristiwa.Proses yang produktif  ini bermula dengan refleksi ke inkuiri, kemudian proses.

Pemikiran kritis yang akan menghasilkan lebih banyak kesimpulan yang boleh dipertimbangkan berbanding pendapat dan gambaran sendiri. Pemikiran boleh merungkai kekusutan, menjelaskan keraguan, menyelesaikan kekeliruan, menyatukan percanggahan, menjawab soalan, memerihalkan masalah, menyelesaikan masalah, mencapai matlamat, membuat inferensi, membentuk ramalan, membuat penghakiman, menyokong keputusan dan akhirnya menyelesaikan kontroversi.

Wallahu ’alam

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015
Sektor Dasar, BPPDP, KPM
ms 8-9

No comments:

Post a Comment