Pengenalan
Penyemakan dan pengemaskinian Struktur Sistem Pendidikan (Inisiatif 48)
merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan dalam Gelombang 3 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Inisiatif 48 perlu
dilaksanakan secara komprehensif bagi menentukan landasan serta hala tuju
pendidikan pada masa hadapan. Bagi memenuhi hasrat ini, maklum balas dan input
berkaitan struktur sistem pendidikan dari luar negara dipelukan bagi membuat
perbandingan.
Negara Hong Kong pada masa ini sedang menjalani transformasi sistem
pendidikan yang menyeluruh dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat
universiti. Sistem pendidikan di negara tersebut sebelum menjalani transformasi
melaksanakan struktur sistem pendidikan British iaitu enam tahun sekolah
rendah, tiga tahun menengah rendah, dua tahun menengah atas dan dua tahun
Tingkatan Enam. Struktur sistem 6-3-2-2 ini juga merupakan sistem yang
diamalkan di negara Malaysia pada masa ini. Sistem pendidikan di Hong Kong
mempunyai beberapa persamaan dengan sistem pendidikan di Malaysia untuk
dijadikan asas perbandingan dalam usaha melaksanakan insiatif 48.
Latar belakang pendidikan di Hong Kong
Negara Hong Kong telah melaksanakan pendidikan wajib dan percuma sembilan
tahun mulai tahun 1978. Pada tahun 2008 pendidikan percuma dua belas tahun
telah dilaksanakan. Sehingga transformasi pendidikan dilaksanakan, pendidikan
di Hong Kong berorientasikan peperiksaan dan setiap murid di Hong Kong
menduduki tiga peperiksaan awam sebelum memasuki universiti iaitu:
i. Academic Attainment Test
(AAT)
ii. Hong Kong School
Certificate Education Examination (HKCEE) ; dan
iii. Hong Kong Advanced Level Examination (HKALE)
Perkara ini telah menimbulkan isu iaitu murid di Hong Kong dikatakan kurang berfikiran
kreatif dan berinovasi. Hal tersebut ditambah dengan kurikulum yang dikatakan
terlalu padat dengan guru yang masih melaksanakan pengajaran secara
tradisional. Perkara yang sama juga merupakan salah satu isu dalam sistem pendidikan
di negara Malaysia.
Wallahu ’alam
Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015
Sektor Dasar, BPPDP, KPM
ms 11-12
No comments:
Post a Comment