Saturday, February 11, 2017

Al-’Akhir

Asma ul-Husna ke-74

Al-’Akhir ertinya Allah Maha Penghabisan, Maha Akhir, yang kemudian dan tiada berkesudahan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Terang dan Yang Tersembunyi dan Dia mengetahui akan segala sesuatu.
                                                                                                                                              (Al-Hadid:3)

Maha Akhir dan Maha Penghabisan

Al-Akhir adalah yang terakhir tanpa memiliki suatu permulaan yang terakhir dalam sifatNya berupa keabadian dan kekalan. Dia menangguhkan sesuatu yang datang belakangan. Dialah Yang Terakhir tanpa siapapun telah menundaNya dan menjadikanNya demikian. Dialah Yang Terakhir kerana pemberian rezekiNya kepada kita.Dialah Yang Terakhir menurut aturan keniscayaan: Dialah Yang Terakhir yang melindungii sesiapa saja yang Dia kehendaki.

Allah membiarkan ganjaran mencapai orang-orang yang berusaha meraihnya dan hukuman bagi mereka yang layak menerimanya. Sebagaimana Dia Yang Pertama sejak masa azali, ketika tidak ada sesuatu pun di sisiNya sama sekali, maka Diaakan tetap Yang Terakhir dan tak akan ada sesuatu pun di sisiNya.

Menyakini Hari Kematian

Merujuk kepada ini, maka sifat manusia yang ketujuhpuluh empat dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menyakini bahawa setiap yang bernyawa akan mengakhirinya dengan kematian untuk mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita di dunia kepada Allah swt.

Di antara perbuatan baik seorang mukmin berkaitan dengan sifat ini adalah bahawa ia terus mengingatnya (zikir) sekerap mungkin sehingga cahayanya menjelma ke dalam kalbunya dan sehingga ia akan lari dari tempat tinggal yang sementara ini (dunia) dan mencari tempat tinggal yang abadi; ia hijrah dari dirinyasendiri mencari Allah, Tuhan langit dan bumi.
Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

No comments:

Post a Comment