Hai segala anak cucuku,
jangan kamu tukarkan agamamu dengan dunia yang tiada kekal adanya ini; yang
hidup ini sahaja akan mati juga kesudahannya. Hendaklah kamu semua tuliskan
kepada hatimu pada membuat kebaktian kepada Allah Taala dan rasulullah saw dan
janganlah kamu sekaliannya melupai daripada berbuat kebaktian, kerana pada
segala hukum, bahawa raja-raja yang adil itu dengan nabi saw umpama dua buah
permata pada sebentuk cincin, lagi pula raja itu umpama ganti Allah dalam
dunia, kerana ia Zillu’Lla fil’alam.
Apabila berbuat kebaktian
kepada raja serasa berbuat kebaktian kepada Allah Taala. Firman Allah Taala
yang bermaksud: Berbuat kebaktianlah kamu akan Allah dan akan rasulNya dan akan
raja.
Inilah wasiatku kepada kamu
semua. Hendaklah jangan kamu sekalian lupai supaya kebesaran akhirat kan
peroleh.
Wallahu ’alam
Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor
No comments:
Post a Comment