Monday, February 6, 2017

Amal soleh (3)

Sebenarnya untuk mendapatkan amal kebajikan yang sebanyak-banyaknya kita harus mengikuti apa yang tertera dalam ayat yang bermaksud :

Untuk mencapai amal kebajikan yang sebenar-benarnya hendaklah seseorang dalam hidup ini mempercayai dengan sungguh-sungguh adanya zat yang Maha Kuasa iaitu Allah dan mempercayai adanya hari akhir.

Membenarkan kitab-kitab suci dan para nabi yang menjadi lampu dunia penunjuk jalan ke arah kesempurnaan hidup manusia di maya pada hari ini. Di samping itu hendaknya tunduk kehadirat Allsh dan melakukan solat dengan sebaik-baiknya. Gemar memberikan hartanya kepada orang lain baik pemberian itu sebagai zakat ataupun sadaqah. Sama ada terhadap anak yatim, orang-orang miskin yang kehabisan bekal dalam perjalanan, terutama kepada sanak kerabatnya sendiri yang kekurangan. Begitu juga selalu menepati janji terhadap Allah mahupun janji terhadap sesama manusia.

Dan lagi di saat ditimpa kesukaran, kemiskinan atau sedang sakit dan sebagainya hendaknya  sabar selalu ingat kepada Allah. Hendaknya terus  berdoa  dan berusaha dengan tidak pernah merasa putus asa dari rahmat Allah swt. Inilah sumber kebajikan dan dari sinilah saudara-saudara amal soleh muncul menjadi kenyataan.

Sebabnya sudah terang kalau iman atau kepercayaan itu boleh diibaratkan laksana pohon maka amal soleh sebagai buahnya. Kalau iman atau kepercayaan tidak dapat membuahkan amal soleh menunjukkan bahawa  imannya tidak sempurna. Dan lagi, memang keindahan ajaran Islam, kebaikan tuntutan Islam hanyadapat dibuktikan dengan amal yang nyata sebagaimana yang dicontohkan oleh nabi kita Muhammad saw. Beramal sekali lagi beramal. Semangat inilah harus kita pupuk dalam dada kita masing-masing.

Semoga seruan beramal ini bermanfaat bagi kita bersama. Semoga Allah menjadikan kita termasuk golongan orang-orang yang beramal. Orang yang banyak mengamalkan ajaran nabi kita orang-orang yang soleh yang hidupnya berguna bagi diri, masyarakat, nusa dan bangsa serta agama. Dapatlah hendaknya kita mengamalkan tuntutan agama dengan sebaiknya, berbahagia fiddunia wal akhirah.

Di sini perlu kita mengetahui oleh kerana Islam mengajarkan hubungan iman dan amal soleh, sudahlah dapat ditangkap oleh fikiran bahawasanya seorang muslim adalah seorang budayawan. Iman yang menerangi hatinya membentuk akal budinya. Akal budinya mendorongnya berbuat amal soleh.Demikanlah amal-amal jariah yang amat besar faedahnya untuk masyarakat yang harus menjadi perhatian kaum muslimin dalam membuatny

Kita telah banyak terpesona oleh perbuatan perbuatan yang semata-mata kita perbuat di hari hidup kita semasa di dunia sahaja. Kita habiskan tenaga untuk membuat rumah-rumah cantik, berbual kosong, menonton wayang gambar yang tidak ada moral dan sebagainya. Tidakkah kita fikir yang sebaliknya pula untuk hidup di seberang makam. Berbahagialah orang yang berlumba-lumba berbuat amal baik dan soleh untuk hidup di alam akhirat, di manananti tidak adasesuatupun yang akan memberi pertolongan selain dari amal-amal soleh itu. Wal tanzhur  nafsun ma qad-damatli-ghadin, ertinya perhatikanlah sungguh-sungguh apa yang kau bawa untuk hari esok kamu.

Bersiaplah untuk hari esok dan gunakanlah semua ilmu, harta dan tenaga untuk kesenangan yang abadi itu.

Sabda nabi saw yang bermaksud:

Sesungguhnya yang terbaik di antara kamu semua, ialah terbaik akhlak
(Bukhari Muslim)

Dan lagi sabda nabi saw yang bermaksud:

Apabila manusia itu mati maka putuslah amalnya kecuali dari tiga perkara ialah sadaqah jariah (amal jariah), ilmunya yang diambil manfaat oleh orang banyak atau anak soleh yang selalu mendoakan terhadap orang tuannya.
(Bukhari Muslim)

Wallahu ’alam

Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.

2001

No comments:

Post a Comment