Asma ul-Husna ke-63
Al-Hayy ertinya Allah Maha Hidup dan Maha Menghidupkan sebagaimana
firmanNya bermaksud:
Dan bertawakallah
kepadaAllah Yang Hidup (Kekal) yang tidak mati.
(Al-Furqaan:58)
Maha Hidup
Hidup adalah lawan daripada mati. Allah menghidupkan kembali tanah yang
mati. Dia menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di atasnya. Dia menghidupkannya melalui
air hujan. Ketika kita membahasnya sebuah sifat dari yang Maha Kuasa, itu
ertinya Dia Maha Hidup, yang Maha Mencukupi diriNya sendiri sejak awal tanpa
ada akhirnya, dan akan terus berlangsung selamanya. Setiap makhluk hidup
selainNya tidak hidup kerana dirinya sendiri; ia tidak memberi rezeki
kehidupannya dengan dirinya sendiri; malahan kehidupannya diberi rezeki oleh
al-Hayy.
Al-Hayy tidak pernah mati. Al-Quran surah Az-Zumar ayat 30 menyebut, sesungguhnya kamu akan mati (suatu saat)
dan mereka (juga) akan mati (suatu saat).
Al-Hayy adalah Pelaku, Yang Maha Tahu; suatu perbuatan tanpa sumber atau
kesedaran adalah mati. Tingkat terendah dari kesedaran adalah kesedaran pada
dirinya sendiri. Sesuatu yang tidak menyedari dirinya sendiri adalah objek mati.
Allah adalah Zat Maha Hidup dan setiap
orang dan segala sesuatu yang hidup selain Diaadalah hidup menurut tingkat
kesedarannya.
Menghidupkan Hati
dan Fikiran.
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keenampuluh tiga dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah berusaha menghidupkan hati dan fikiran agar
tidak mati, dalam erti tidak berfungsi untuk memikirkan tentang kebesaran dan
keagungan Allah swt.
Al-Mumit menyebabkan hati mati lalu lalai dari mengingatNya dan jiwa mati
ketika kita secara terus menerus menyimpang dari jalanNya yang lurus dan minda
kita juga mati ketika membiarkan hasrat (nafsu) kita mengendalikan diri.
Oleh itu dengan merujuk dan bercermin kepada sifat Allah, Al-Hayy, ianya
dapat menghidupkan kalbu-kalbu yang kering kontang daripada hidayah dan munajat
kepada Alllah. Inilah cara untuk menghidupkan hati dan fikiran agar bersih dan
suci.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment