Sunday, February 26, 2017

Iman dan ibadat (2)

Ada manusia yang beriman dan menyembah Tuhan, dan tidak kurang pula yang enggan beriman dan beribadat. Di antara manusia-manusia yang enggan beriman dan beribadat kepada Tuhan itu terdapat suatu golongan yang mempunyai hujah-hujah dan alasan-alasan yang tertentu; mereka tidak mudah percaya kepada sesuatu selagi kebenaran sesuatu itu belum jelasdan terang kepada mereka. Mereaka mahu dalil dan alasan yang dapat diterima oleh akal. Sikap ini amat baik; kerana tiap-tiap manusia telah dianugerah Tuhan Daya Pemikiran (Power of Reasoning) dan juga naluri sukakan menyiasat dan menyelidik (instinct of curiousity); dan bawaan-bawaan semulajadi inilah yang mendorong mereka berfikir sebelum menganut sesuatu fahaman.

Ugama Islam tidak menyekat daya semula jadi dan naluri ingin mengetahui yang sememangnya sudah ada di dalam diri dan jiwa manusia supaya memerhatkan kejadian alam semesta ini dan mengkaji punca kelahirannya.

Akal siuman dan fikiran waras tidak akan menerima jika dikatakan sesuatu itu terjadi dengan sendirinya tanpa sebab dan musabab (cause dan effect); dan dengan kajian begini akal manusia akan sampai kepada suatu kesimpulan bahawa alam ini mesti ada penciptanya; dan menurut ajaran Islam, pencipta itu ialah Allah Maha Esa lagi Maha Berkuasa.Allah Pencipta alam tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak juga dapat dibandingkan dengan sebarang benda; kerana pencipta dengan ciptaannya tidak pernah serupa atau dapat disamakan di antara satu sama lain. Jika alam ini berasal dari serpihan matahari dan matahari pula mempunyai titik permulaannya seperti alam kebendaan; Allah itu sedia ada, tidak bermula dan tidak berakhir tetapi sedia dan abadi (Eternal) sepanjang masa.

Tuhan yang bersifat abadi (Eternal) inilah menjadikan bumi dengan keadaannya sebagai suatu hamparan sekiranya dapat manusia berjalan mencari rezeki hidup di atanya; dan Tuhan itu jugalah yang menjadikan segala petala langit yang kelihatan terbina dan beredar di awang-awangan.Dengan kehendak iradatNya dan Kuasa KudratNya maka Tuhan itu menyebakan air hujan turun semula ke bumi setelah menjadi wap lalu meringankan diri ke angksa dan dengan air itu Tuhan lahirkan berbagai-bagai tumbahan di bumi masing-masing dengan daun dan bunga berwarnawarni serta melahirkan pula buah-buahan yang sedap dimakan.

Alam yang indah lagi permai ini memang menjadi nikmat kepada manusia, indah dipandang mata; riang rasa di hari; sedap dimakan; dan jika boleh manusia itu ingin memiliki segala keindahan dan kemurnian yang ada di alam ini.

Begitu banyak rezeki dan nikmat yang diperolehi manusia dan begitu indah alam yang menjadi tempat kediamannya maka tidaklah manusia itu terfikir siapakah dia Pencipta yang Maha Bijaksana itu?

Ada manusia yang berkata bahawa alam yang indah ini terjadi dengan sendirinya; tetapi orang  itu sendiri tidak dapat menerima jika dikatakan dirinya telah terjadi dengan tidak berpunca serta tidak bersebab. Adapun orang berkata alam ini adalah suatu perkaratabii yang memang adasejak mula lagi tetapi diasendiri tidak mengetahui oermulaan dan kesudahan alam ini. Ada juga yang terlaku berkufur dan merasai dirinyaberkuasa lau membandingkan ciptaannya dengan ciptaaan Tuhan jika dikatakan Tuhan itu ada dan berkuasa mencipta,

Dia bertakbir lalu mencabar:

Di manakah kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan? Tuhan menjadikan pasir tetapi watak manusia menjadikan pasir itu cermin yang indah. Tuhan menjadikan pokok tetapi akal manusia menjadikan pokok itu alat-alat dan perkakas yang indah seperti meja, katil dan sebagainya. Tuhan menjadikan bulu kambing tetapi manusia membuat kain dan baju. Tuhan menjadikan getah tetapi manusia dapat membuat dari getah berbagai-bagai benda yang ajaib; Tuhan menjadikan kilat tetapi manusia menangkap kilat itulalu dikurungkannya di dalam kaca menjadi lampu elektrik dan berbagai-bagai lagilah cabaran dari manusia.

Memang sudah jelas bahawa Tuhan itu Maha Esa lagi Maha Berkuasa; Dialah yang menjadikan segala petala langit dan bumi dan dia jugalah yang memberi segala nikmat dan rezeki kepada manusia sejak dahulu hingga sekarang; leh itu tidaklah patut bagi manusia itu bersyirik atau mengadakan sekutu dengan Allah; kerana mereka sendiri mengetahui dan sedar bahawa Tuhan itu Maha Sempurna dan tidak dapat dibandingkan dengan sebarang makhluk.

Wallahu ’alam

Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.

2001

No comments:

Post a Comment