Asma ul-Husna ke-81
Al-Muntaqim ertinya Allah Maha Penyiksa, Zat yang berhak membalas setiap
perbuatan dosa dengan azabNya sesuai dengan firmanNya bermaksud:
Kerana itu, janganlah
sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janjiNya kepada rasul-rasulNya.
Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi mempunyai pembalasan.
(Ibrahim:47)
Maha Penyiksa
Al-Muntaqim, Yang Maha Membalas dendam, membelah punggung-punggung mereka
yang menyimpang dari jalanNya, yang menambah hukuman pada orang-orang yang
menindas di negerinya, setekah menyedarkan mereka dan berulang-ulang
mengingatkan mereka serta setelah memudahkan mereka untuk membetulkan, memberi
mereka kelonggaran.
Kata al-Muntaqim berasal dari kata benda intiqam, membalas dendam atau berusaha balas dendam terhadap
seseorang. Sebuah hukuman tidak disebut demikian kecuali jika syarat-syarat
berikut terpenuh:
1. Kasih sayang mencapai batas kekejaman yang ekstrem. Allah telah
berfirman dalam surah Ad-Dukhan ayat 16 bermaksud: Pada hari itu Kami akan menghentam (mereka) dengan hentaman yang keras.
Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan (kepada mereka).
2. Suatu hukuman dijalankan setelah satu period kelonggaran. Alllah telah
berfirman dalam surah al-maidah ayat 95 bermaksud: Barangsiapa yang kembali (kepadanya); maka Allah akan menampakkan siksa
kepadanya dan Allah Maha Besar, Tuhan yang Maha Memberi Balasan.
3. Hukuman seperti itu memerlukan perasaan benci ketika melihat seseorang
terluka, sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam kes Sang Pencipta, namun itu
benar-benar terjadi pada manusia yang ganas dan pembenci. Intiqam, balas dendam
dari seorang hamba Allah dilakukan hanya jika ia ditimpakan pada musuh-musuhNya
(orang-orang yang mengingkari atau tidak mengimaniNya). Balas dendam semacam
ini patut dipuji. Seburuk-buruknya musuh manusia adalah diri-diri merekasendiri
yang halus iaitu nafsu.
Tidak berdendam
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelapanpuluh satu
dengan bercemin padaAsma ul-Husna ialah tida kberdendam ataupun mempunyai
sifat-sifat sebagai penghukum kerana hanya Allah sahaja yang layak menghukum
hamba-hambaNya yang dikehendakNya.
Al-Muntaqim memperkuat hukumanNya terhadap para penindas, menyebabkan para
pelaku kejahatan ditundukkan pada pembalasanNya. Dia mengutus para rasulNya,
yang didukung oleh tanda-tanda dan mukjizat-mukjizatNya, untuk mengingatkan
umatnya. Oleh itu jika amaran dan peringatan tidak memberi pengaruh positif
kepada seseorang, maka sesungguhnya Dia akan menimpakan azabNya dan balas
dendam terhadapnya.
Ketika seseorang menyedari bahawa tak ada sesuatu yang besar atau kecil
selain bahawa hukuman untuk setara dengan ukuran dan jenis (perbuatan), niscaya
ia akan takut pada Tuhannya dan menyedarkan keinginan dan hasratnya kerana
takut melakukan dosa.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment