Asma ul-Husna ke-68
As-Samad ertinya Allah Maha Diperlukan dan tempat bergantung bagi semua
makhluknya sebagaimana firmanNya bermaksud:
Katakanlah: Dialah Allah,
Yang Maha Esa. Allah tempat bergantung segala sesuatu.
(Al-Ikhlas:1-2)
Tempat
bergantung
As-Samad adalah sifat Allah yang pengertian lingusitiknya meliputi tujuan,
tuan yang ditaati yang tanpa perintahNya tak sesuatupun akan terjadi.
Diapenolong orang yang memerlukan untuk ditolong, Zat yang kepadaNya semua
urusan dirujuk. Zat yang kepadaNya semua masalah dikembalikan dan yang
tentangnya tak seorang pun dapat memutuskan. Zat yang kepadaNya semua
permohonan diarahkan.
As-Samad didekati untuk mengabulkan permohonan dan diminta untuk menjadikan
keinginan menjadi kenyataan. Bangsa Arab menjelaskan sebuah keluarga sebagai Shamad apabila orang-orang
pergi ke sana dengan harapan terpenuhinya keperluan-keperluan duniawi mereka.
Tuhan adalah tujuan final, tujuan muktamad. Zat yang kepada siapa, Allah
memudahkan untuk diminta guna memuaskan keperluan manusia, khususnya keperluan
yang sesuai dengan keyakinan mereka juga keperluan kehidupan mereka
sehari-harian.
Berharap hanya
kepada Allah
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keenampuluh lapan
dengan bercermin kepadaAsma ul-Husna ialah berharap hanya kepada Allah
semata-mata.
Sesiapapun yang memakrifari Allah sebagai yang Maha Hidup tidak pernah akan
berpaling pada perhiasan-perhiasan dunia yang sementara ini dan niscaya tidak
punya keinginan akan benda-benda materialnya.
Salah satu akhlak mulia dari seorang mukmin yang diilhami oleh sifat ini
adalah bahawa ia tidak meminta bantuan dari sesiapa pun selain Allah untuk
membantunya memenuhi keperluan-keperluan duniawinya atau ia tidak bersandar
pada sesiapapun selain pada Dia. Dia membina tingkahlakunya menurut (citra)Nya.
Menurut sebuah hadis, rasulullah saw telah mengatakan, Orang yang paling dicintai di antara manusia adalah ia yang memberi
manfaat banyak kepada orang lain.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma
ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment