Wednesday, February 15, 2017

Warkah buat pemuka Melayu


Kepada yang berseteru
usah bertindak melulu
jika pun geram terlalu
kerana bukan begitu budaya Melayu
masih ada cara pemecah buntu
di meja kita bertemu
dengan berlapang dada keikhlasan yang jitu
akan terlerai kusut keliru segala
yang membelenggu.

Kerana aku amat mengingini
sekian lama menghirup
udara harmoni
biarlah kemesraan yang kukuh terbina
tidak direntungkan
oleh api sengketa

Kerana perbalahan dan permusuhan
hanya menambah kekusutan
membawa perpecahan
melebar kerenggangan
meretakkan hubungan
menyubur kebencian
merosakkan perpaduan.

Ehsan Jamily
Taman Desa Baru
Mingguan Malaysia
29 Jan 2017

No comments:

Post a Comment