Thursday, February 23, 2017

At-Tawwab

Asma ul-Husna ke-80

At-Tawwab ertinya Allah Maha Penerima Taubat sebagaimana firmanNya bermaksud:

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah:160)

Maha Menerima Taubat

At-Tawwab adalah katasifat yang akar katanya adalah tawbah, penyesalan, yakni kembali kepada Allah. Ertinya Dia menerima penyesalan hambaNya, iaitu Dia melimpahkan kurniaNya kepada mereka, memudahkan mereka untuk bertaubat, memudahkan bagi mereka untuk melakukannya. Maka at-Tawwab, menerima penyesalan.

Dengan demikian, dimaklumi bahawa sekiranya Allah tidak menerima penyesalan dari salah seorang hambaNya, yang terakhir ini tidak dipandang orang yang bertaubat kerana asal usul penyesalan dalam realitinya berasal dari Allah yang menutupnya dengan penerimaanNya atas taubat itu sendiri.

At-Tawwab memudahkan taubat bagi hamba-hambaNya berkali-kali dengan tanda-tanda yang Dia jelmakan pada mereka  dan peringatan yang dengan itu Dia mengingatkan mereka sehingga ketika mereka mengetahui hukuman atas dosa-dosa mereka, mereka menjadi ketakutan dan mereka kembali bertaubat.

At-Tawwab bermakna Allah menerima taubat dari orang yang menderhakaiNya kemudian kembali menaatiNy. Dan jika iamelakukan suatu dosa kemudian kembali kepadaNya, niscaya Dia menyambutNya. Dia memaafkan orang yang menyimpang dari jalan lurus lalu meminta maaf kepadaNya, sehingga Dia mengampuni dosa-dosanya. Selama hamba Allah meminta taubat, Tuhan tetaplah Maha Mengampuni.

Bertaubat

Merujuk kepada perkara ini, sifat manusia yang kelapanpuluh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah swt.

Kita semestinya setiap hari bertaubat dan meminta penerimaanNya akan taubat kita. Kita harus menuju kepadaNya dalam setiap keadaan. Pasalnya, taubat merupakan pengakuan akan kekurangan dan cacat seseorang. Dalam hal ini, berdiri di pintu Yang Maha Tahu haruslah takzim dan khidmat. Kerana alasan ini, rasulullah saw biasa bertaubat demikian sering untuk memperlihatkan kepada kita jalan kebahagiaan. Ia pun merupakan akhlak mulia seorang mukmin yang mengulang-ulang sifat ini demikan sering guna memaafkan mereka yang berbuat salah kepadanya, berkasih sayang kepada orang-orang yang menyakitinya dan menerima permintaan maaf orang lain.

Rasulullah saw sangat menginginkan orang-orang yang mengimaninya akan sentiasa meminta ampunanNya. Masyhur dalam sebuah hadis, baginda berkata: Demi Allah, aku memohon ampun (beristighfar) kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya, setiap hari lebih daripada tujuh puluh kali.

Allah telah mengampuni semua kesalahan rasulullah saw, namun baginda menimta ampunanNya dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali sehari.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

No comments:

Post a Comment