Kita semua telah sama maklum bahawa makhluk yang bernama manusia itu
diciptakan Allah terdiri dari dua unsur yang berlainan keadaannya iaitu jasad
dan roh. Atau dengan kata lain terdiri dari dua badan iaitu badan jasmani dan
badan rohani. Di waktu manusia masih hidup masih boleh berjalan mundar mandir
ke sana ke mari maka badan jasmani dan
badan rohani itu melekat satu sama lain, ertinya selalu bersangkut paut dan ada
hubungannya satu sama lain.
Masing-masing dari badan jasmani dan badan rohani ini, kedua-duanya
sama-sama memerlukan pendidikan, pemeliharaan, bimbingan yang sebaik-baiknya.
Kalau badan jasmani memerlukan makan minum, memerlukan sandang pangang dan
tempat kediaman, ingin terpenuhinya nafsu hubungan seks dan lain-lainnya, maka
badan rohani memerlukan pula kepada santapan rohani. Memerlukan kepada nasihat
petunjuk tuntunan yang luhur yang dapat menyubur dan menyihatkan rohani yang
amat penting bagi kesempurnaan hidup manusia di dunia ini.
Tersebut dalam sebuah kitab bahawa antara faktor-faktor yang penting untuk
membina rohani yang sihat agar supaya manusia di dalam hidupnya memiliki jiwa
yang sihat, fikiran yang sihat, cita-cita dan niat yang sihat di antaranya
ialah bahawasanya manusia dalam hidup haruslah berusaha untuk membersihkan
hatinya dari hal yang mungkar dan dari sifat-sifat yang tercela.
Justeru, kerana hati ini menjadi sumber segala kehendak manusia yang
beraneka warna. Maka mahu tak mahu segala tingkah laku, gerak geri lahir
terpandu oleh kehendak hati manusia. Jika kapal itu belayar menurut komando
daripada kapten kapal, erta ke utara, dinya kapal itu menurut saja diarahkan ke
utara ia ke utara, dibelokkan ke kanan ia ke kanan. Maka demikian pula halnya
dengan manusia. Segala amal perbuatan yang dilakukan adalah mengikuti kehendak
hati manusia sendiri. Yakni ditentukan oleh niatnya sendiri. Kalau niat dalam
hati suci dan baik akan membuahkan amal yang suci dan baik. Kalau niatnya tidak
baik akan membuahkan amal yang tidak baik. Kalau niatnya tidak jujur, amalnya
pun palsu belaka dan begitulah seterusnya.
Itulah sebabnya maka nabi kita Muhammad saw bersabda bahawa tubuh manusia
itu ada segumpal daging. Manakala segumpal daging tadi baik, maka akan menjadi
baik keadaan jasad semuanya dan apabila tidak baik, maka akan menjadi tidak
baik pula keadaan jasad semuanya. Ingatlah, itulah dia hati manusia
(Bukhari-Muslim). Di dalam sebuah kitab diterangkan lebih lanjut bahawa yang
dimaksud oleh kata-kata nabi.....apabila hati itu baik, yang dimaksudkan baik
di sini ialah hati yang bersih dari sifat-sifat yang tercela dan dihiasi dengan
sifat-sifat yang terpuji.
Wallahu ’alam
Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.
2001
No comments:
Post a Comment