Thursday, February 9, 2017

Al-Muqtadir

Asma ul-Husna ke-70
 
Al-Muqtadir ertinya Allah Maha Menentukan dan yang Sangat Kuasa sebagaimana firmanNya bermaksud:

Mereka mendustakan mukjizat-mukjizat Kami kesemuanya, lalu Kami azab mereka sebagai azab dari Yang Maha Perkasa lagi Maha Menentukan.
(Al-Qamar:42)

Maha Menentukan dan Sangat Kuasa

Al Muqtadir adalah dari al-Qadir yang mempertinggi martabat dan pesona. Al-Muqtadir mengendalikan segala sesuatu melalui kekuasaanNya yang meliputi semua penciptaanNya. KekuasaanNya abadi, yang mengatur semua urusan, yang memantulkan kekuasaanNya kepada jiwa-jiwa melalui cahaya, sifatNya, al-Muqtadir dan dengan demikian memberi mereka kedamaian dan keselamatan. Mereka mengenali dan mengakui kekuasanNya di akhir malam ( semasa solat tahajjud) dan di kedua tepi siang (yakni pagi hari (semasa solat subuh dan selepasnya) dan petang hari (semasa solat maghrib).

Pengertiannya adalah: Zat yang kekuasaanNya besar, yang melalui kekuasaanNya yang serba meliputi, mengendalikan semua makhlukNya, Dia menaklukkan setiap orang dan segala sesuatu berada dalam kekuasaanNya.
 
Pandai dalam menetapkan sesuatu

Merujuk kepada perkara di atas, maka sifat manusia yang ketujuhpuluh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah pandai dalam menetapkan sesuatu keputusan untuk kebaikan bersama.

Salah satu tanda akhlak mulia dari seorang mukmin sejauh al-Muqtadir dihiraukan adalah bahawa sifat ini akan selalu mengisi hatinya dan ia selalu mengingatinya, sedemikian sehingga selintas cahaya akan menyinarinya dan akan selalu mengelilinginya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

No comments:

Post a Comment