Monday, February 6, 2017

Amal soleh (2)

Semangat beramal inilah yang menyebabkan umat Islam padazaman nabi saw dan juga pada zaman keemasan Islam telah mengalami kemajuan dan kejayaan. Bahkan berkat daripada semangat beramal inilah maka ajaran-ajaran agama yang luhur itu dapat diamalkan dengan sesungguhnya dapat dipratikkan serta dapat dibuktikan kemanfaatannya oleh sesiapapun. Sehingga keindahan ajaran Islam, kebaikan tuntutan Islam tidak hanya digambarkan dalam angan-angan tetapi benar-benar dapat dibuktikan dalam alam kenyataan, justeru kerana semangat beramal telah menghujam dalam kalbu mereka.Dengan semangat beramal ini pula maka tempat-tempat peribadatan tampak rapi dan terlpelihara roda kehiduppan masyarakat dan berjalan lancar, tanda syiar agama yang manjadi lambang keluhuran Islam berdiri tegak dengan megahnya.

Dakwah Islam berjalan lancar dengan sendirinya apabila sifat tamak dan hanya mementingkan diri sendiri berubah menjadi murah hati, suka tolong menolong satu kepada yang lain, bantu membantu meringankan beban hidup yang diderita oleh manusia.Pendek kata dengan singkat justeru kerana semangat beramal ini telah tertanam dalam sanubari tiap-tiap muslim pada zaman nabi saw demi keluhuruan agama. Maka akhirnya terjelmalah suatu masyarakat yang sejahtera rukun bersatu padu dilimpahi rahmat Allah swt.

Oleh kerana itu menurut syaikhul Islam Ibnu Taimiah bahawa segala amal mahupun perkataan yang dicitakan agar mendapat keredhaan Allah serta dikasihi Allah. Semuanya itu termasuk cabang-cabang dari ibadah yang bererti kita berhak mendapatkan pahala dari Allah swt sebab menurut belau kata-kata ibadah ini mengandungi pengertian makna yang sangat luas. Oleh kerana itu disebutkan dalam kitab Madaridyus Salikin antaranya:

Kalau kita menghormati tamu, menetapi kewajipan terhadap isteri dan keluarga, begitu juga isteri yang taat dan setia bakti kepada suaminya, amal-amal ini semuanya termasuk juga dalam cabang-cabang ibadah yang utama

Kalau kita mengajarkan ilmu kepada masyarakat, memberi petunjuk kepada orang yang berhajat, meringankan beban orang yang sedang menderita, menjenguk orang sakit dan sebagainya semuanya itu termasuk cabang-cabang ibadat yang sangat utama bila diniatkan beramal untuk mencari kerehaan Allah. Memang semangat beramal ini harus kita tanamkan dalam dada tiap-tiap muslim, baik lelaki mahupun wanita, tua mahupun muda, dalam segala lapisan masyarakat.

Kalau semangat beramal ini lemah maka akan lemah pulalah jiwa kita dan tentu akan membawa umat Islam mundur ditinggalkan oleh zaman. Banyak ayat-ayat yang menunjukkan bagaimana penyesalan orang yang tidak mempunyai amal ketika di dunia ini. Ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi Syaibah bahawa orang yang hanya pandai cakap, pandai menyuruh orang lain melakukan kebajikan itu dan ini walhal dirinya sendiri tidak mengamalkan apa yang dicakapkan olehnya itu. Nabi kita Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:

Adalah laksana lampu yang menyala yang dapat menerangi orang-orang lain, namun sendiri terbakar hangus.

Demikanlah gambaran orang yang suka  cakap tetapi  tidak suka beramal. Kesimpulannya amal adalah yang penting dalam hidup kita di dunia ini untuk mencapai kebahagiaan di akhirat kelak.

Wallahu ’alam

Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.

2001

No comments:

Post a Comment