Wednesday, February 15, 2017

Al-Batin

Asma ul-Husna ke-76

Al-Batin ertinya Alllah Maha Tersembunyi, Zat yang Maha Ghaib sebagaimana firmanNya bermaksud:

....dan menyempurnakan kurniaNya kepada kalian, baik yang nampak (zahir) ataupun yang tersembunyi (batin)
(Luqman: 20)

Maha Tersembunyi dan Maha Ghaib

Al-Batin erinya Zat Yang Tersembunyi daripada pandangan mata makhluk-makhlukNya kerana kekuatan penampakanNya, Yang Tersembunyi kerana ZatNya yang menentang akal dan fikiran.

Dialah az-Zahir yang dikenali melalui kecukupan, al-Batin melalui keghaiban, Az-Zahir kerana kurnia-kurniaNya, al-Batin melalui rahmatNya. Dialah Zat Yang Nyata yang menaklukkan segala sesuatu, Yang Tersembunyi yang mengetahui kebenaran ihwal segala sesuatu, Zat Yang Nyata bagi segala sesuatu melalui bukti-bukti yang menyakinkan, Zat Yang Tersembunyi dari penampilan fizikal apapun. Maka Maha Suci Zat yang telah menyembunyikan diriNya sendiri dari semua ciptaan melalui cahayaNya. Yang tersembunyi dari mereka  lantaran penampakan ciptaanNya.

Kualiti amalan batin

Merujuk kepada perkara ini maka sifat manusia yang ketujuhpuluh enam dengan bercermin padaAsma ul-Husna ialah meningkatkan kualiti iman dan amalan terutamanya dari segi batin (kerohanian). Dengan  demikian kita akan memperolehi pelbagai kurnia Allah sama ada semasa di dunia mahupun kelak di akhirat.

Kurnia yang nampak adalah segala sesuatu yang dapat kita lihat, saksikan, pandang, perhatikan, amati. Sedangkan yang tersembunyi adalah segala sesuatu yang dengannya
Kita tidak ,mengetahuinya. Allah swt juga menunjukkan fakta menerusi firmanNya dalam surah An-Nahl ayat 19 bermaksud: Jika kalian menghitung-hitung  nikmat Allah, kalin tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.

Semuanya jelas bagi indera, namun tertolak dari segi akal. Manusia merupakan cerminan dari sifat az-Zahir dan di saat yang sama juga cerminan dari sifat lain iaitu al-Batin.Secara jasmani, manusia adalah cerminan dari Cahaya Nyata, az-Zahir. Secara rohani pula cerminan dari Cahaya Tersembunyi, al-Batin.

Setiap kali seorang hamba Allah mengulang-ulang sifat al-Batin, hatinya akan merasa ketundukan kepada Penciptaannya. Pada akhirnya, ia akan menyedari bahawa ia sesungguhnya sama sekali tidak mampu melakukan apa pun kehendaknya melainkan dengan kehendak Allah jua.

Dari itu barulah ia sedar bahawa Allah Yang Maha Besar yakni Yang Maha Pengasih berkuasa membersihkan hatinya dari sebarang noda dan dosa, sama ada yang zahir mahupun yang batin.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

No comments:

Post a Comment