Asma ul-Husna ke-62
Al-Mumit ertinya Maha Mematikan, yang Maha Membinasakan sebagaimana
firmanNya bermaksud:
Dan sesungguhnya Dia yang
menjadikan (manusia) tertawa dan
menjadikan (mereka) menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan
menghidupkan.
(An-Najm:43-44)
Maha Mematikan
Kematian adalah lawan dari kehidupan. Angin disebut mati apabila ia tenang.
Manusiamati ketika ia tidur, tidur disebut kematian dengan jalan analogi
berikut: ia menyebabkan daya akal dan hampir semua gerakan anggota tubuh
lainnya berhenti.
Al-Maut adalah tanah yang tidak pernah diterokai.
Orang yang hatinya mati adalah bodoh, akalnya membeku dan mati.
Al-Mumit, Yang Maha Kuasa, menurunkan kematian kepada sesiapa sahaja yang
Dia kehendaki. Tidak seorang pun yang menyebabkan kematian selain Dia. Dia
telah menaklukkan hamba-hambaNya dengan kematian, menyebabkan mereka kembali ke
bumi yang darinya Dia telah menciptakan mereka dan ditutupi dengan debu.
Al-Mumit telah menyebabkan hati orang yang berdosa mati lantaran menentang
kehendakNya. Dialah Pencipta kematian. Dia telah menyebabkan para penindas mati
keluar dari rahmatNya untuk hidup. Dia menyebabkan para penindas mati kerana
kederhakaan mereka kepadaNya.
Mengawal Hawa
Nafsu
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keenampuluh dua dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah mengawal hawa nafsu agar tidak mati di dalam
kesesatan dan kederhakaan kepada Allah swt.
Imam Ahmad mengatakan supaya hati tidak mati ia perlu dihidupkan dengan
sentiasa mengingat bahawa Allah berkuasa mengakhiri kehidupan kita pada
bila-bila masa yang dikehendakiNya kerana Allah bersifat al-Mumit, iaitu Maha Mematikan.
Cara yang utama, mengikut imam Ahmad, ialah dengan mengikat hawanafsu
dengan tali kebenaran (al-haq) dan solat-solat sunat di keheningan malam.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment