Thursday, February 9, 2017

Al-Muqaddim

Asma ul-Husna ke-71

Al-Muqaddim ertinya Allah Maha Mendahulukan dan Zat yang mendahulukan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
(al-Fath:2)

Maha Mendahulukan

Secara linguistik, taqdim akar kata dari sifat ini bermakna memajukan, mengangkat atau mendahulukan. Al-Muqaddim, ertinya Zat yang menghadirkan benda-benda yang menempatkan mereka di tempat yang benar. Barangsiapa yang berhak untuk dimajukan, didahulukan atau dikurniakan atas yang lain, Yang Maha Kuasa, menaikkan peringkat atau kedudukannya. Dan Dia memajukan taraf kehidupan manusia,masing-masing menurut keikhlasan  dalam beribadah kepadaNya, melindungi mereka dari kejatuhan pada kederhakaan kepadaNya.

Al-Muqaddim sejak awal waktu mengangkat orang-orang yang Dia cintai dan menjadikan mereka bahagia melalui pengetahuan yang benar dan keputusan yang logik. Dia lebih menyukai orang-orang yang tahu daripada yang tidak. Dia membuka pintu-pintu iman bagi setiap orang. Dia mengutamakan manusia-manusia (tertentu) daripada yang lain, (dengan) menjadikan mereka sebagai para imam. Dan Dia mendahulukan, lebih mengutamakan, memberi kurnia para ulama atas orang-orang bodoh, menjadikan kelompok pertama seperti bintang gemintang yang menghidayahi orang lain kepada kebajikan. Dia telah mendahulukan rasulullah saw dari sejak awal dan akan mendahulukannya pada akhirnya di akhirat.

Nabi Muhammadsaw yang paling mulia dari semua nabi, sebagaimana kaum muslim memuliakannya, meraihkan suatu kedudukan tertinggi dari nabi ulul ’azhmi. Setelah mereka adalah para wali Allah (awliya’)  yang kedudukannya tidak kurang dari para nabi as.

Dengan demikian al-Muqaddim mengutamakan siapa saja yang dia kehendaki berdasarkan kesolehan seseorang dan kekerapannya bertaubat kepadaNya, kepada jalanNya, menjadikan mereka benar. Dia mengabulkan permohonan-permohonan mereka dengan baik. Al-Muqaddim menaikkan darjat manusia yang menyembahNya (dalam kehidupan ini juga dalam kehidupan yang akan datang, melindungi mereka dari kederhakaan atau azabNya.

Memulakan sesuatu

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketujuhpuluh satu dengan bercermin padaAsma ul-Husna ialah memulakan atau mempelopori segala sesuatu aktiviti sama ada dalam urusan dunia mahupun urusan akhirat.

Dengan merujuk dan bercermin kepada sifat al-Muqaddim ini, setiap muslim akan sentiasa berfikiran maju ke hadapan dan mengerahkan seluruh kemampuan dan aktivitinya untuk menjadi orang yang paling terkehadapan dalam segala segi.

Syeikh al-Musawwi Khusairi mengatakan bahawa al-Muqaddim adalah sifat Allah yang Maha Mendahulukan sebagai satu bentuk noktah kekuasaan yang mutlak dan tidak dapat disaingi oleh mana-mana makhlukNya. Akan tetapi makhlukNya dapat bercermin dengan sifat ini untuk menjadi orang yang awwalum (yang pertama) dalam mengerjakan kebaikan.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

No comments:

Post a Comment