Pujian bagi Allah
Khaliq semesta alam
selawat dan salam
junjungan mulia, nabi Muhammad saw
wahai sahabat sekalian
dengarlah keluhan temanmu
kisah pasrah negeri ini
dua puluh lebih kurang tahun nan lalu
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
lantas Melayu bertindak melulu
tiada kemaafan bagimu
seolah tiada lagi laku
di era serba maju
maka dipecatnya mahkota Melayu
kerana termakan pujuk rayu
sasaran tepat arah tuju
tangis dan ratap hatiku
bila dikenang kejahilan bangsaku
wahai sahabat-sahabat sekalian
hilang mahkota Melayu
layu sendiri di tangan Melayu
umpama kaca pecah berderai
mahkota Melayu tunggak bangsa
kedaulatan bangsa dan agama tercinta
berjasa berkurun lama
ancaman musuh dan kafir sedia bertahan
Kota Melaka jatu Peringgi
berjuang Melayu sampai mati
Raja Melayu berjuang sekali
sampai tubuh mulia pun luka
luka raja lukalah bangsa
nah lihat pada dini hari
mahkota yang dipertahankan dengan nyawa
hilang dari bangsa
mudah dengan tipu daya
wahai bangsaku
ratapilah kesalahanmu
kembali insaf atas keterlanjuranmu
Raja Melayu wakil Allah
bangsa Melayu memecat tali Allah
kepada siapakah kini berserah??
Wallahu ’alam
Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor
No comments:
Post a Comment