Kita silap dalam membandingkan keadaan kita dengan peristiwa-peristiwa yang
berlaku padazaman sahabat nabi. Apabila kita tidak mencapai sesuatu
keistimewaan dan kelebihan maka kita terus mengomel dan kecewa. Kita merasa
hairan yang kita juga membaca Kalimah suci itu, kita jugasembahyang, puasa dan
sebagainya tetapi kenapakah kita tidak mencapai kemenangan, kemuliaan, kejayaan
dan kehormatan. Jangan kita lupa bahawa pada mereka ada hakikat Kalimah suci,
Surat Iman dan Surat Ihsan. Telah diterangkan bahawa surat tidak boleh
melahirkan khasiat hakikat sepertimana kita tidak akan dapat buah anggur dari
pokok kuini, maka begitulah juga kita tidak akan dapat khasiat dari surat.
Dalam medan peperangang Yarmuk, tentera Islam terdiri hanya kira-kira 3000
orang sahaja sedangkan tentera musunya ada seramai 200 000 orang lengkap dengan
alat-alat peperangan. Sewaktu tenteraIslam bertempur hebat dengan
musuhnyaseorang daripada tentera Islam yang muallaf, asalnya beragama Kristen
telah terlanjur cakap, katanya. Amboi
Khalid al-Walid (r.a) selaku kepala tentera Islam bercakap nada tinggi. Khalid
menyahut. Diam! Demi Allah jika kaki
kudaku yang bernama askar itu tidak tercedera maka mestilah aku beritahu kepada
musuh supaya melipatgandakan tentera mereka. Mengapa Khalid al-Walid (r.a)
berketengan dan berketeguhan sedemikian rupa? Mengapa beliau mengentengkan sahaja
bilangan tentera-tentera musuh yang hampir 100 kali ganda lebih daripada
tenteranya sendiri? Tentunya kerana beliau mempunyai hakikat roh dan semangat
keIslaman. Beliau mengetahui benar-benar bahawa yang menentang beliau hanyalah
surat-surat belaka (patung lilin yang terjauh sama sekali dari hakikat).
Lantaran itu beratus-ratus ribu surat (laksana patung lilin) tentu tidak akan
dapat mengatasi hakikat tentera Islam.
Kita memang melafkan syahadah, boleh jadi ada di antara kita yang menetahui
makna dan tujuannya tetapi hakikat kalimah itu adalah lebih utama daripada
lafaz-lafaz dan maknanya yang zahir. Hakikat Kalimah itu diperolehioleh
parasahabat, tatkala mereka mengucap kalimah, mereka sunguh0sungguh mengetahui
dan berkeyakinan bahawa tidak ada sesuatu yang wujud yang boleh mendatangkan
suka-duka, benci-cinta, kuat-lemah, elok-hodog, hina-muliadan sebagainya dan
tidak ada sesiapapun yang dapat menolong, melindungi dan membantu kita
melainkan Allah Rabbul Alamin dan tidak ada sesuatupun wujud yang wajib diimani
dan dipercayai melainkan wujudnya Allah Al-Azzim.
Mdiamesti darilah kitarenung bersama akan hakikat-hakikat yang tersebut
itu. Sudahkah ianya tertanam di dalam batin kita? Sudahkah iasebati dengan otak
kita? Dan sudahkah ia terlaksana dalam penghidupan kita. Jika kita mengetahui
hakikat dan apabila kita membaca kalimah la
ilaha illallah maka kita mesti merasai bahawa kita telah mengadakan ikrar
dan pengakuan yang maha berat lagi maha utama. Barang siapa mempunyai perasaan
hakikat tersebut dan mendakwa keIslamannya maka dia mesti sedar bahawa dia
mendakwa satu perkara yang paling hebat, kuat dan suci-mulia. Perubahan yang
paling hebat yang berlaku di kalangan umat Islam sekarang ialah mengenai ketiadaan
hakikat dan roh keImanan serta semangat dan jiwa keIslaman. Ia telah tercabut
dari sebahagian besar umat Islam. Kini tinggal pada mereka itu hanyalah surat
semata-mata. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan seruan rasulullah
saw yang berbunyi:
Baharuilah Iman kamu......dengan
berbanyak-banyak membaca kalimah La ilaha illallah. Dan juga menunaikan
Firman Allah swt yang ertinya:
Manakala telah kamu selesai
sembahyang, maka ingatlah (zikirlah) kepada Allah.
Andainya keduanya, hadis dan Firman itu dapat dilaksanakan dengan penuh
kemahuan dan kesungguhan dan dengan cara yang teratur dan tertentu, insya Allah
tiada lagi kita berkeadaan surat tetapi berkeadaan hakikat- hakikat Islam,
hakikat Iman dan hakikat Ihsan.
Wallahu ’alam
Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.
2001
No comments:
Post a Comment