Asma ul-Husna ke-73
Al-’Awwal ertinya Allah Maha Permulaan, Maha Awal yang terdahulu dengan
tiada permulaan sebagaimana firmanNya bermaksud:
Dialah Yang Awal dan Yang
Akhir; Yang Terang dan Yang Tersembunyi dan Dia mengetahui akan segala sesuatu.
(Al-Hadid: 3)
Maha Permulaan dan Maha Awal
Sifat al-Awwal ertinya Zat yang kepadaNya segala sesuatu bersandar, Zat
yang mendahului semua yang lain. Diterapkan kepada Yang Maha Kuasa, ia bererti
Dia tidak pernah didahului oleh siapapun dalam keberadaan. Dia sama sekali
tidak membutuhkan sesiapapun. Dia terlepas dari segala sesuatu dan setiap
orang.
Suatu hari seorang Badwi bertanya kepada rasulullah saw: Di manakah Allah sebelum penciptaan?.
Baginda menjawabnya dengan mengatakan : Allah
ada dan tidak ada sekutu pun di sisiNya. Orang Badwi kembali lagi bertanya:
Bagaimana sekarang? Nabi saw
menjawab: Dia kini sebagaimana Dia ada
sentiasa (sebelumnya).
Al-Awwal adalah yang pertama dari sesuatu yang berbeza dariNya. Dia mempunyai
kekuasaan atas musuh-musuhNya, suatu keutamaan bukan kerana waktu ataupun
tempat atau sesuatu yang lainnya yang dapat dibayangkan oleh fikiran ataupun
dicapai oleh pengetahuan.
Al-Awwal bererti Yang Abadi, Zat yang tidak mempunyai awal mahupun akhir.
Dialah Yang Awal tanpa suatu permulaan. Dia ada kerana diriNya sendiri bahkan
sebelum makhluk-makhlukNya ada.
Menyakini Allah Awal dan Akhir
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ketujuhpuluh tiga
dengan bercermin pada Asma ul_husna ialah menyakini bahawa Allah swt awal dan
akhir ertinya tiada awal dan tiada akhir, berdiri sendiri dengan Zat keagungan
dan kebesaranNya.
Dialah Zat yang abadi yang sentiasa ada dan yang tidak pernah didahului
oleh sesiapa pun. Dia memiliki kekuasaan yang tidak terhad untuk menghidupkan
atau mematikan hamba-hambaNya dan Dialah yang pertama untuk berbuat demikian tanpa
sesiapapun mendahuluiNya.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment