Sunday, February 26, 2017

Teach Less Learn More

Konsep
 
TLLM is not a call for "teacher to do less." It is a call to teachers to teach better, to engage our students and prepare them for life, rather than to teach for tests and examinations

1. Mengajar dengan lebih baik dan berkesan

2. Meningkatkan penglibatan murid (melalui pengajaran berpusatkan murid) untuk menyediakan mereka sebagai masyarakat abad ke 21.

3. Selaras dengan hasrat kementerian agar guru tidak lagi mengajar semata-mata bagi tujuan peperiksaan

TLLM is about a richer interaction between teacher and students — about touching hearts and engaging minds

Dimensi

Terdapat 3 dimensi :

Dimensi 1 :  Mengapa Mengajar (Why We Teach

More.......
Less
For the Learner
To Rush through the Syllabus
To Excite Passion
Out of Fear of Failure
For Understanding
To Dispense Information Only
For the Test of Life
For a Life of Tests

Dimensi 2 : Apa Yang Diajar (What We Teach)

More.......
Less
The Whole Child
The Subject
Values-centric
Grades-centric
Process
Product
Searching Questions
Textbook Answers

Dimensi 3 : Bagaimana Mengajar (How We Teach)

More.......
Less
Engaged Learning
Drill and Practice
Differentiated Teaching
'One-size-fits-all' Instruction
Guiding, Facilitating, Modeling
Telling
Formative and Qualitative Assessing
Summative and Quantitative Testing

Wallahu a’lam

Hj. Aminudin b Adam
BPSH, KPM
7 Feb 2017

Iman dan ibadat (2)

Ada manusia yang beriman dan menyembah Tuhan, dan tidak kurang pula yang enggan beriman dan beribadat. Di antara manusia-manusia yang enggan beriman dan beribadat kepada Tuhan itu terdapat suatu golongan yang mempunyai hujah-hujah dan alasan-alasan yang tertentu; mereka tidak mudah percaya kepada sesuatu selagi kebenaran sesuatu itu belum jelasdan terang kepada mereka. Mereaka mahu dalil dan alasan yang dapat diterima oleh akal. Sikap ini amat baik; kerana tiap-tiap manusia telah dianugerah Tuhan Daya Pemikiran (Power of Reasoning) dan juga naluri sukakan menyiasat dan menyelidik (instinct of curiousity); dan bawaan-bawaan semulajadi inilah yang mendorong mereka berfikir sebelum menganut sesuatu fahaman.

Ugama Islam tidak menyekat daya semula jadi dan naluri ingin mengetahui yang sememangnya sudah ada di dalam diri dan jiwa manusia supaya memerhatkan kejadian alam semesta ini dan mengkaji punca kelahirannya.

Akal siuman dan fikiran waras tidak akan menerima jika dikatakan sesuatu itu terjadi dengan sendirinya tanpa sebab dan musabab (cause dan effect); dan dengan kajian begini akal manusia akan sampai kepada suatu kesimpulan bahawa alam ini mesti ada penciptanya; dan menurut ajaran Islam, pencipta itu ialah Allah Maha Esa lagi Maha Berkuasa.Allah Pencipta alam tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak juga dapat dibandingkan dengan sebarang benda; kerana pencipta dengan ciptaannya tidak pernah serupa atau dapat disamakan di antara satu sama lain. Jika alam ini berasal dari serpihan matahari dan matahari pula mempunyai titik permulaannya seperti alam kebendaan; Allah itu sedia ada, tidak bermula dan tidak berakhir tetapi sedia dan abadi (Eternal) sepanjang masa.

Tuhan yang bersifat abadi (Eternal) inilah menjadikan bumi dengan keadaannya sebagai suatu hamparan sekiranya dapat manusia berjalan mencari rezeki hidup di atanya; dan Tuhan itu jugalah yang menjadikan segala petala langit yang kelihatan terbina dan beredar di awang-awangan.Dengan kehendak iradatNya dan Kuasa KudratNya maka Tuhan itu menyebakan air hujan turun semula ke bumi setelah menjadi wap lalu meringankan diri ke angksa dan dengan air itu Tuhan lahirkan berbagai-bagai tumbahan di bumi masing-masing dengan daun dan bunga berwarnawarni serta melahirkan pula buah-buahan yang sedap dimakan.

Alam yang indah lagi permai ini memang menjadi nikmat kepada manusia, indah dipandang mata; riang rasa di hari; sedap dimakan; dan jika boleh manusia itu ingin memiliki segala keindahan dan kemurnian yang ada di alam ini.

Begitu banyak rezeki dan nikmat yang diperolehi manusia dan begitu indah alam yang menjadi tempat kediamannya maka tidaklah manusia itu terfikir siapakah dia Pencipta yang Maha Bijaksana itu?

Ada manusia yang berkata bahawa alam yang indah ini terjadi dengan sendirinya; tetapi orang  itu sendiri tidak dapat menerima jika dikatakan dirinya telah terjadi dengan tidak berpunca serta tidak bersebab. Adapun orang berkata alam ini adalah suatu perkaratabii yang memang adasejak mula lagi tetapi diasendiri tidak mengetahui oermulaan dan kesudahan alam ini. Ada juga yang terlaku berkufur dan merasai dirinyaberkuasa lau membandingkan ciptaannya dengan ciptaaan Tuhan jika dikatakan Tuhan itu ada dan berkuasa mencipta,

Dia bertakbir lalu mencabar:

Di manakah kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan? Tuhan menjadikan pasir tetapi watak manusia menjadikan pasir itu cermin yang indah. Tuhan menjadikan pokok tetapi akal manusia menjadikan pokok itu alat-alat dan perkakas yang indah seperti meja, katil dan sebagainya. Tuhan menjadikan bulu kambing tetapi manusia membuat kain dan baju. Tuhan menjadikan getah tetapi manusia dapat membuat dari getah berbagai-bagai benda yang ajaib; Tuhan menjadikan kilat tetapi manusia menangkap kilat itulalu dikurungkannya di dalam kaca menjadi lampu elektrik dan berbagai-bagai lagilah cabaran dari manusia.

Memang sudah jelas bahawa Tuhan itu Maha Esa lagi Maha Berkuasa; Dialah yang menjadikan segala petala langit dan bumi dan dia jugalah yang memberi segala nikmat dan rezeki kepada manusia sejak dahulu hingga sekarang; leh itu tidaklah patut bagi manusia itu bersyirik atau mengadakan sekutu dengan Allah; kerana mereka sendiri mengetahui dan sedar bahawa Tuhan itu Maha Sempurna dan tidak dapat dibandingkan dengan sebarang makhluk.

Wallahu ’alam

Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.

2001

Iman dan ibadat (1)


Asas pengajaran ugama Islam ialah iman dan ibadat kepada Tuhan Maha Esa; itulah sebabnya maka Islam mewajibkan mereka menyembah Tuhan. Perintah ini bukanlah suatu paksaan ke atas diri dan jiwa manusia; tetapi adalah suatu penyaluran kepada tabi’i semula jadi manusia itu sendiri. Dengan iman dan ibadat kepada Tuhan, manusiaakan terselamat dan terpelihara daripada segala kejahatan dan kesengsaraan hidup di dunia.

Di dalam diri manusia ada suatu pembawa semula jadi atau naluri (instinct) yang dinamakan Naluri Menyerah Diri (Instinct of Submission); dan naluri inilah yang mendorongkan manusia mencari Tuhan atau kuasa tertinggi untuk menjadi tempat harapan nasibnya.

Naluri ini tidak dapat disekat atau dihalang; kerana iaadalah tabi’i dan akan tetap kembang serta subur di dalam diri manusia. Jika naluri tersebut tidak disalurkan untuk menyembah dan menyerah diri kepada Allah maka ianya akan mendorong manusia supaya menyembah dan menyerah diri keada tuhan-tuhan anggapan seperti dewa-dewa, matahari, bulan, bintang, hantu syaitan, api dan sebagainya malah ia akan mendorongkan mereka menyembah sesama manusia sendiri seperti menyembah ketua, orang-orang gagah atau pihak yang berkuasa ke atas masyarakat.

Agama Islam tidak menyekat naluri semula jadi itu tetapi salurkannya kepada Tuhan yang sebenar yang layak disembah dan layak pula menjadi tempat bergantung nasib manusia.

Beriman dan beribadat kepadaTuhan tidak akan memberi banyak faedah kepada manusia dan tidak dapat menyelamatkan mereka daripada kejahatan budi dan kesengsaraan hidup jika tidak melalui tiga tingkatan dasar iaitu:

a) Iman yang bersih daripada sebarang rupa syirik.
b) Ibadat menurut cara yang ditetapkan Tuhan dan dengan ikhlas dan
c) Mematuhi hukum Tuhan

Ibadat hanya akan merupakan riadah badan samalah seperti bermain gerak-gerak badan (acrobatic) jika tidak lahir dari iman yang sejati; dan iman itu tidak diakui sebagai iman sejati jika manusia tidak patuh kepada perintah dan hukum Tuhan. Ramai orang mengaku beriman dan kelihatan sentiasa beribadat tetapi sebanyak  manaakuannya itu sebanyak itu pulalah dustanya, dan sebanyak mana ibadat yang dilakukannya makasebanyak itu pulalah kejahatan dibuatnya. Iman bercampur dusta dan bercampur kejahatan seperti itu tidaklah dapat menyelamat dan memelihara manusia daripada kejahatan hidup seperti yang dijanjikan oleh Islam.

Ibadat yang disuruh oleh Islam ialah ibadat yang dapat memelihara manusia daripada melakukan kejahatan dan kekotoran budi; dan yang diakui oleh Islam ialah iman yang jazam yang tidak bercampur dusta dan syirik.

Manusia yang benar-benar beriman kepada Allah MahaEsa serta menyerah diri kepadaNya tidak akan takut kepada sebarang makhluk; ia tidak takut kepada jin, tidak takut kepada hantu syaitan, tidak takut kepada manusia dan tidak takut kepada sebarang ugutan. Apa yang ada padanya ialah dasar: Berani kerana benar – takut kerana salah dan Marah jangan dipikat – rezeki jangan ditolak.

Tuhan yang menjadikan pujaan ugama Islam ialah Allah Maha Esa lagi Maha Kuasa; iaitu Tuhan yang menjadikan manusia dari keturunan Adam dan Hawa, dan Adam dan Hawa itu berasal dari tanah. Pengertian ketuhanan seperti ini membatalkan sangkaan bahawa manusia itu berasal dari jenis binatang jenis monyet (ape); dan dasar-dasar ketuhanan ini pula mengingatkan manusia bahawa mereka adalah berasal dari ayah bonda yang satu dan sama iaitu Adan dan Hawa; maka dengan demikian lahirlah pula erti sama rata dari keturunan manusia sekira-kira tidaklah harus berlaku hina menghina di kalangan manusia semata-mata sebab berlainan tempat atau warna kulit; kerana perbezaan seperti itu bukanlah perbezaan asal tetapi hanyalah perkara mendatang setelah manusia itu merebak ke merata penjuru alam ini. Tidak ada kelebihan di kalangan manusia melainkan dengan iman dan taqwa kepada Allah dan bakti masing-masing kepada masyarakatnya sendiri.

Wallahu ’alam

Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.

2001

Membina kedamaian

Wahai malam yang damai
kaudakaplah sekalian isi alam!
kudambakan keheningan
untuk istirehat yang barakah

Namun jika malam tidak menjanjikan kedamaian
binalah kedamaian
dalam kamar nuranimu.

Awang Sariyan
Di denai kehidupan

DBP, Kuala Lumpur 2016

Friday, February 24, 2017

Ar-Ra’uf

Asma ul-Husna ke-83

Ar-Ra’uf ertinya Allah Maha Mengasihi, Zat yang Maha Pengasih sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani terhadap kamu.
(Al-Hadid:9)

Zat Yang Maha Mengasihi

Secara linguistik, sifat ini berasal dari ra’fa, rahmat atau kasih sayang yang kuat yakni batas rahmat yang tiada penghujungnya. Ketika diterapkan kepada Yang Maha Kuasa, ia bererti penghindaranNya dari segala jenis kejahatan kerana sifat Belas Kasihnya.

Sifat al-Ra’uf merujuk kepada Zat yang tidak henti-hentinya berbuat baik dan kasih kepada orang yang berdosa dengan menerima taubat mereka serta kepada para kekasihNya dengan melindungi mereka dari melakukan dosa.

Pengertian sifat ini memiliki kesamaan pengertian dengan sifat ar-Rahim. Di antara manisfestasi rahmatNya kepada para hambaNya adalah bahawa Dia melindungi mereka dari melakukan perbuatan yang menyebabkan hukumanNya. Perlindungan dari keketergelinciran dari jalan lurus itu memberi makna yang lebih kuat dari rahmat berbanding ampunanNya terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. Dia mungkin Maha Pengasih kepada salah seorang hambaNya dengan secara lahiriah menimpakan kepadanya kesulitan, namun secara batiniah ada banyak rahmat dan kasih sayang tersembunyi baginya dalam kesulitan itu, sementara ia tidak mengetahuinya.

Betapa sering seorang hamba Allah yang telah dikasihani oleh orang-orang atas bahaya yang ia alami, bahaya kemiskinan, keinginan dan kesengsaraan, sementara kenyataannya ia tengah menikmati suatu rahmat yang untuknya paramalaikat cemburu kepadanya?

Suatu ketika rasululah saw tengah mengadakan perjalanan ketika baginda kebetulan melewati seorang perempuan yang tengah memanggang roti. Puteranya sedang bersamanya. Dia diberitahu bahawa rasulullah saw tengah melewati rumahnya, maka ia datang kepada nabi dan berkata: Wahai rasulullah! Telah sampai kepada pengetahuanku bahawa tuan telah berkata, Allah lebih penyayang kepada para hambaNya daripada seorang ibu kepada anaknya. Apakah benar ini merupakan penyataan yang telah tuan sampaikan?.

Baginda membenarkan ucapan wanita itu. Kemudian perempuan itu berkata: Seorang ibu tidak melemparkan puteranya  ke dalam kuali seperti anak ini.

Setelah mendengar perkataan perempuan itu, rasulullah menangis lalu berkata: Allah tidak menghukum sesiapa pun dengan api neraka selain orang yang terlalu sombong untuk memberi kesaksian bahawa tiada tuhan selain Dia.
 
Saling berkasih sayang

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelapanpuluh tiga dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menumbuhkan rasa kasih sayang sesama insan.

Jika seorang hamba Allah ingin membetulkan tingkahlakunya menurut inspirasi sifat ini, pertama-tama ia harus ingat dan melupakannya sedemikian sering, sehingga cahaya al-Ra’uf akan masuk ke dalam hatinya, untuk selanjutnya ia akan menjadi sangat belas kasih kepada semua manusia sebagaimana ucapan rasulullah saw : Sayangilah penduduk bumi agar penduduk langit menyayangimu.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Al-’Afuww

Asma ul-Husna ke-82

Al-’Afuww ertinya Allah Maha Pemaaf, Zat yang Maha Memberi Maaf sebagaimana firmanNya bermaksud:

Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(An-Nisaa’:99)

Maha Pemaaf

Al-’Afuww berasal dari akar kata ’afuw dan membuka beberapa pengertian. Ketika ianya digunakan sebagai kata kerja, ia bererti pergi ke sesuatu untuk menerima sesuatu, memberi tanpa diminta, menambah, menyapu.

Sebagai kata benda, ia bererti penghapusan dosa-dosa secara menyeluruh. Siapapun boleh berdoa dan berkata : Tuhan, aku memohon kepadaMu untuk memberiku afuw dan afiya yakni jangan menghukumku kerana dosa-dosaku dan menjadikanku aman dan terlindung dari siksaMu.

Al-’Afuww telah membuang, dengan rahmatNya, kegelapan dari jiwa-jiwa, yang lari dari jalan lurus dan dari kesunyian kealphaan dari hati-hati melalui keagunganNya. JugaDia menghapus dosa-dosa dan menggantinya dengan ganjaran yang baik.

Al-’Afuww mengikis habis jejak-jejak dosa, menghilangkan mereka dengan hembusan angin ampunanNya. Iamengikis habis dosa-dosa dari catatan-catatan yang dipelihara oleh para malaikat penjagaNya. Bahkan Dia memupus habis dari para malaikat ingatan-ingatan dan ingatan dari melakukan dosa-dosa. Dia Maha Pemurah ketika Dia memaafkan. Dia melindungi hati dari pelaku kejahatan terhadap kesunyian, menyelamatkannya daei perasaan malu, dan Dia tidak mengingatkannya akan kejahatan dari apa yang ia telah lakukan.

Gemar memberi maaf dan bertolak ansur

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelapanpuluh dua dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah gemar memberi maaf dan bertolak ansur.

Rasulullah saw sentiasa memerintahkan kepadakita untuk menghapuskan perbuatan buruk kita dengan perbuatan baik dengan mengatakan : Takutlah kepada Allah di manapun engkau berada dan ikutilah perbuatan burukmu dengan perbuatan baik untuk menghapus yang pertama dan perlakukanlah manusia dengan sebaik-baiknya perilaku.

Rasulullah saw berkata kepada salah seorang bapa saudaranya, Wahai Abbas, mintalah kepada Allah ’afuw dan ’afiya semasa kehidupan dunia ini dan untuk kehidupan dunia yang akan datang.

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib meminta kepada salah seorang pelayannya namun ia tidak mendengar. Ia mengulangi panggilannya dan kembali si pelayan tak mendengarkan panggilannya. Kemudian ia mengulangi panggilan untuk yang ketiga kalinya dan kembali tidak ada jawapan. Akhirnya Ali berdiri dan mencarinya. Ali mendapatkannya sedang berbaring. Beliau bertanya kepadanya: Apakah engkau mendengar panggilanku?. Ia menjawab: Ya, aku mendengar. Ali bertanya kepadanya. Lalu, apa yang mencegahmu dari menjawab panggilanku. Ia menjawab: Keyakinanku pada kemurahanmu dan kepercayaanku pada ampunanmu. Ali berkata: Aku membebaskanmu demi keredhaan Allah. Ali berbuat demikan kerana keyakinan kuat di pihak pelayan itu.

Barangsiapa ingin menerima sekilas cahaya yang diilhami oleh sifat ini, pertama-tama harus memaafkan orang-orang yang telah berbuat jahat kepadanya atau memperlakukannya secara zalim. Barangsiapa ingat sifat ini semestinya menghalau perasaan buruk apa pun terhadap seseorang dari hatinya yang telah berbuat jahat kepadanya dan memperlakukannya dengan baik orang-orang yang berlaku salah kepadanya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Dasar wajib lulus Bahasa Inggeris SPM 2016 : Isu dan cadangan pelaksanaan (2)

Isu dan cabaran

Berikut ialah isu utama dalam tinjauan DasarWajib Lulus Bahasa Inggeris 2016 di 38 buah sekolah menengah bandar dan luar bandar yang berada di dalam 5 dan Band 6 bagi mata pelajaran BI:

* Guru
Tinjauan menunjukkan bahawa:
i) guru bukan opsyen mengajarkan mata pelajaran BI
ii) segelintir guru opsyen BI tidak cekap berbahasa Inggeris; dan
iii) masih terdapat guru tidak berpeluang mendapat pendedahan terkini tentang pedagogi  BI

Guru bukan opsyen menghadapi masalah menjalankan PdP dalam BI. Antara masalah yang timbul ialah:
i) guru kurang berkemahiran untuk mengajarkan BI dengan berkesan
ii) guru kurang keyakinan untuk mengajarkan BI kerana tahap kecekapan mereka yang rendah dan
iii) guru kurang kesungguhan melaksanakan aktiviti sokongan BI dan lebih tertumpu kepada mata pelajaran opsyen mereka.

* PdP Bahasa Inggeris

Tinjauan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya murid kurang asas berbahasa (basics), perbendaharaan kata yang amat terhad, kesukaran memahami bahan bacaan dan membuat ayat mudah. Keadaan ini menyebabkan cabaran utama PdP BI adalah yang:

i) berpusatkan guru (teacher centered) dan menggunakan kaedah chalk and talk;
ii) menggunakan dwibahasa dan menyebabkan kurang pendedahan BI kepada murid;
iii) berfokus kepada peperiksaan seperti teknik latih tubi dan hafalan dan;
iv) padagogi BI kurang kreatif

Selain itu, penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) kurang digunakan dalam PdP BI kerana:

i) terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan internet;
ii) jadual guru yang padat;
iii) peralatan TMK seperti perisian kursus terhad ( tidak seperti yang diperuntukkan dalam subjek Sains)

# Murid

Masalah disiplin murid terutama dalam kalangan murid lemah di beberapa sekolah seperti ponteng kelas dan ponteng sekolah turut menganggu PdP BI. Walaupun sekolah telah melaksanakan pelbagai  aktiviti bagi meningkatkan penguasaan BI, kebanyakkan murid yang lemah Bi juga dikatakan tidak mempunyai motivasi dan kurang minat mempelajari BI kerana:
i) tidak melihat kepentingan dan keperluan BI dalam kehidupan seharian dan untuk masa hadapan
ii) tidak mempunyai asas BI yang kukuh
iii) kurang penekanan dan penegasan daripada keluarga
iv) malu untuk berbahasa BI kerana faktor persekitaran dan budaya masyarakat setemat tidak mendorong dan dikhuatiri akan dijadikan bahan jenaka
v) murid lebih mementingkan bahasa ibunda atau bahasa daerah
vi) kurang asas perbendaharaan katamenyebabkan kesukaran untuk membuat ayat dan memahami bahan bacaan
vii) lemah dalam aspek perbacaan dan penulisan dan
viii) tidak memberi tumpuan dalam kelas kerana bekerja sambilan

# Pentaksiran

Secara keseluruhannya guru mengambil pelbagai inisiatif untuk melaksanakan PdP yang berkesan. Walau bagaimanapun terdapat kekangan iaitu:
i) pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memerlukan guru menyediakan rekod pentaksiran bagi setiap murid dan guru perlu mengulangi aspek yang dinilai bagi memastikan murid mencapai tahap memuaskan. Perkara ini menambahkan tugas guru serta mengurangkan lagi waktu persediaan ABM dan penyemakan tugasan murid;
ii) pentaksiran lisan BI yang perlu diadakan pada waktu PdP kurang memberi impak berbanding ketika pentakksiran lisan dijalankan secara formal kerana murid tidak memandang serius terhadap pentaksiran lisan yang diadakan.
iii) pentaksiran lisan BI yang dijalankan ketika PdP jugamengurangkan lagi waktu yang diperuntukkan untuk BI kerana terlalu banyak komponen PdP BI seperti literature, writing, reading dan grammar yang perlu dilaksanakan dalam tempoh lima waktu BI;
iv) bahagian free writing dalam kertas 2 SPM BI didapati sukar untuk dijawab oleh murid lemah dalam BI dan wajaran markah yang diperuntukkan adalah tinggi iaitu 50 markah dan
v) guru masih kabur dengan penyelarasan format SPM BI dan pelaksanaan PBS.

# ibu bapa / masyarakat

Selain inisiatif daripada pihak sekolah, pihak luar seperri Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga turut membantu meningkatkan penguasaan BI murid. Namun demikian, tinjauan di enam buah negeri mendapati:

i) terdapat ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah kurang menitikberatkan pelajaran dan berada di zon selesa dengan kehidupan sedia ada. Hal ini menyebabkan murid kurang bermotivasi bukan sahaja terhadap BI malah terhadap kebanyakkan mata pelajaran.
ii) BI tidak dianggap penting oleh ibu bapa dan masyarakat memandangkan mereka lebih mementingkan bahasa ibunda atau daerah dan
iii) terdapat ibu bapa yang hanya menggalakkan murid untuk hadir ke sekolah untuk menerima bantuan persekolahan RM100. Hal ini menyebabkan peratusan kehadiran murid selepas bantuan diterima menurun.

# Bahan dan kemudahan PdP

Tinjauan juga mendapati bahawa terdapat juga isu dalam bahan dan kemudahan PdP yang dibekalkan iaitu:
i) buku teks dan bahan ABM yang dibekalkan kurang menepati pelbagai tahap keupayaan murid
ii) terdapat maklumat yang terdapat dalam buku teks yang tidak bersesuaian dengan keadaan masa ini dan beberapa kandungan sastera BI seperti novel The Curse, Step by Wicked Step dan puisi He has such a quiet eyes yang tidak bersesuaian dengan budaya murid.
iii) terdapat maklumat  yang lebih menggambarkan ciri-ciri masyarakat Semenanjung dan kurang peka kepadaaspek jantina
iv) terdapat sekolah yang tidak mempunyai infrastruktur yang mencukupiseperti tidak mempunyai kemudahan internet dan masalah bekalan elektrik.
v) alat bantu mengajar (ABM) BI tidak lagi dibekalkan kepada sekolah setelah pelaksanaan PPSMI dimansuhkan
vi) guru tidak menyedari kewujudan bahan ABM BI yang dibekalkan atau dibeli dan
vii) guru menggunakan peruntukkan BISP untuk membeli ABM termasuk LCD dan salinan lembaran kerja untuk PdP BI.

Cadangan Pelaksana

Secara keseluruhannya, tinjauan menunjukkan bahawa terdapat beberapa isu pelaksanaan Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris 2016. Sehubungan dengan itu, pihak pelaksana mencadangkan:

# Dasar

i) Dasar wajib lulus hanya diwajibka ke atas murid-murid sekolah cemerlang seperti sekolah berasrama penuh, sekolah kawalan dan MRSM.
ii) Dasar wajib lulus BI dipercepat bagi meningkatkan motivasi dan kesedaran murid terhadap BI dan
iii) Dasar wajib lulus BI dimulakan setelah semua guru selesai kursus upskilling.

# Guru

i) Guru Cemerlang BI dihantar ke sekolah band rand
ii) Pembantu pengurusan murid bagi membantu mengurangkan beban tugas guru
iii) Kursus pemugaran atau pendedahan teknik pengajaran BI terutama bagi kumpulan guru senior dan kursus yang berterusan bagi meningkatkan tahap profesionalisme semua
iv) Fasilitator dari Semenajung dihantar untuk melaksanakan kursus di Sabah dan Sarawak berbanding dengan amalan guru Sabah dan Sarawak di hantar berkursus di Semenanjung dan
v) Memastikan guru yang mengajarkan BI ialah guru opsyen

# PdP dan ABM

i) Menyediakan buku teks dan buku panduan dengan skema jawapan atau panduan mengajar dan menyediakan ABM bagi setiap tajuk.
ii) Mengundang penutur jati bagi memberi peluang dan motivasi kepada murid dan guru untuk menggunakan BI dalam aktiviti harian.
iii) Penekanan kepada grammar bagi meningkatkan penguasaan BI
iv) Laman web khusus bagi memudahkan guru untuk mendapatkan bahan-bahan PdP, berinteraksi dan bertukar-tukar idea di peringkat dalaman dan antarabangsa.
v) Masalah disiplin murid terutama dalam kalangan murid lemah di beberapa buku teks dan bahan ABM disediakan mengikut tahap kemahiran murid seperti yang disediakan di Singapura
vi) Kandungan buku teks BI termasuk komponen sastera BI lebih menjurus kepada isu tempatan agar lebih bersesuaian dengan budaya tempatan dan mudah difahami oleh murid
vii) Waktu PdP BI ditambah menjadi enam atau tujuh waktu dan
viii) Cara merekodkan lesson plan yang lebih mudah

# Pentaksiran

i) Pentaksiran SPM BI merangkumi komponen writting, reading, speaking, listening dan project work. Kerja kursus (Project work) perlu dimasukkan bagi membantu murid lemah untuk lulus BI dan
ii) Perubahan format peperiksaan SPM dengan mengurangkan wajaran peperiksaan bertulis.

# Infrastruktur

i) Menyediakan bilik khas untuk mengajar BI seperti makmal bahasa dan pusat pembelajaran kendiri dan
ii) Perpustakaan sekolah menyediakan bahan ilmiah seperti How to teach big classes?, How to teach unwilling students? dan How to prepare materials for weak students?.

Kesimpulan

Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2016, BPPDP mencadangkan KPM memberikan perhatian kepada perkara yang berikut terlebih dahulu:

i) memperkukuhkan penguasaan asas BI di peringkat murid sekolah rendah
ii) mengkaji semula struktur dan wajaran kertas peperiksaan SPM bagi memberi peluang murid lemah BI untuk mempunyai potensi yang lebih baik untuk lulus seperti mengambil kira kerja kursus dan meningkatkan wajaran untuk guided writing.
iii) melengkapkan kemudahan peralatan TMK dan capaian internet supaya penggunaan TMK dapat diintegrasikan dalam PdP BI
iv) menambah baik dan menambah bahan bacaan dan bahan sokongan PdP BI termasuk buku teks dan bahan ABM untuk memenuhi keperluan keupayaan dan tahap kemahiran pelbagai murid
v) menjalankan kursus pemugaran pedagogi BI untuk guru yang telah mengajar lebih daripada lima tahun.
vi) mengkaji perbezaan budayapembelajaran (learning culture) antara murid bandar dengan luar bandar dan
vii) memastikan guru bukan opsyen menghadiri kursus pengukuhan PdP BI dan menyemak status program upskilling.

Wallahu ’alam

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015
Sektor Dasar, BPPDP, KPM

ms 42-45

Dasar wajib lulus Bahasa Inggeris SPM 2016 : Isu dan cadangan pelaksanaan (1)

Latar belakang

Dasar mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris (BI) sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil telah dibincangkan sejak tahun 2009. Pertimbangan ketika itu berdasarkan 95 peratus cadangan daripada pelbagai pihak bersetuju untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun, beberapa perkara penting perlu diperhalusi bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran subjek BI sebelum dasar ini boleh dilaksanakan kerana:

Kita tidak mahu terburu-buru dan kita kena pasti tenaga pengajar mencukupi serta kualiti guru terlibat meningkat.
(YB Dr Mohd Fuad Zakarshi,2012)

Pada 23 Februari 2013 semasa berucap dalam Najlis Himpunan Guru Muda di Sabah, YAB Timbalan PerdanaMenteri merangkap Menteri Pelajaran telah menyuarakan:

Mungkin dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi, kita akan menetapkan supaya lulus BI di peringkat SPM menjadi satu yang wajib lulus. Bagaimanapun saranan ini hanya akan dilaksanakan apabila pelajar dan sistem pembelajaran telah bersedia.

YAB Timbalan PerdanaMenteri merangkap Menteri Pelajaran pada 8 Mac 2013 selepas melancarkan Program Memperkukuh Literasi dan Penguasaan BI di SK Kampung Baru Si Rusa telah mengumumkan:

Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM kemungkinan besar akan mula berkuakuasa pada2016 jika semuapihak bersetuju dan persiapan lengkap.

Susulan daripada pengumuman YAB TPM, tajuk utama di media sepanjang bulan Mac adalah  berkaitan Dasar Wajib Lulus BI SPM 2016. Berikut adalah beberapa penyataan yang telah diutarakan:

# There should be a soft landing approach where students are given reasonable grace period to prepare themselves. We should start preparing student of Form One from next year andthey should be ready for the SPM in 2018. By giving ample time ministry could also look into possible ways to implement this new policy.
(The Malay Mail,1/3/2013)

# To be fair the ruling cannot be implemented on ad hoc basic. Education Ministry meanwhile could look into possible ways to implement the policy.
(News  Straits Times, 1/3/2013)

# Kementerian sedar ketika ini kira-kira 20% pelajar gagal Bahasa Inggeris.
(Berita Harian, 9/3/2013)

# There was no  specific plan mentioned to explain when the teachers and students would be ready. Deputy education Minister said it would take at least 5 years to train 60,000 teachers to implement this policy. Therefore forward planing on this implementation of the English must pass subject in SPM is critical.Ministry should come out with a roadmap or pathway or timeline to help Deputy Prime Minister of its target date of its implementation.
(The Malay Mail, 8/3/2013)

# This would be implemented when the infrastructure is ready. The main infrastructure which is basically an adequate number of tained teachers is not ready. While 2018 is a good target year to start, the move should not be implemented if the infrastructure is not ready. The Education Ministry must prepare the teachers well even if they take longer to train. The government must ensure the infrastructure is in place and not execute the plan if is not ready.
(The Edge Malaysia,4/3/2013)

Tahun
Peratusan gagal PMR
Peratusan gagal SPM
2012
24.1%
22.9%
2011
24.1%
23.2%
2010
21.3%
22.3%
2009
27.2%
24.4%

Sumber: Lembaga Peroeiksaan,KPM

Analisis peperiksaan awam kertas BI sejak  kebelakangan ini, menunjukkan bahawa pencapaian BI dalam peperiksaan awam semakin menurun. Peratus murid yang gagal kertas BI PMR pada tahun 2012 meningkat kepada 24,1 peratus berbanding 21.2 peratus pada tahun 2011. Peratus murid yang mendapat A jugatelah menurun daripada 18.4 peratus pada tahun 2012 kepada 16.8 peratus pada tahun 2011. Data juga menunjukkan bahawa pada tahun 2011 sebanyak 29.3 peratus murid SMK di luar bandar dan 19 peratus murid SMK bandar telah mendapat E dalam kertas BI PMR.

Analisis peratus kelulusan BI di peringkat SPM 2012 juga menunjukkan peratus murid yang gagal mata pelajaran tersebut telah meningkat berbanding tahun 2011. Analisis peperiksaan BI SPM 2011 juga menunjukkan bahawa sebanyak 15.3 peratus murid luar bandar dan sebanyak 7.8 peratus murid bandar telah gagal dalam mata pelajaran tersebut.

Hasil Kajian Kebolehlaksanaan Wajib Lulus Bahasa Inggeris Peringkat SPM (BPPDP 2012) menunjukkan bahawa:

i) setiap tahun lebih kurang  90,000 orang murid gagal dalam mata pelajaran BI SPM, dan terdapat jurang yang sangat ketara antara pencapaian murid di bandar dengan luar bandar.

ii) seramai 2519 orang guru opsyen BI dan 397 guru bukan opsyen yang telah menjalani CPT berada dalam tahap B2, manakala seramai 1617 guru opsyen dan 430 bukan opsyen berada pada tahap B1, Keputusan CPT juga menunjukkan bahawa seramai 266 guru opsyen dan 143 guru bukan opsyen berada di tahap A2, manakala selebihnya 15 orang berada pada tahap A1.Guru BI  yang berada pada tahap B1 dan B2 akan diberikan latihan kemahiran di bawah Program Teacher Proficiency Up-skilling untuk membolehkan mereka berada pada tahap minimum C2. Analisis ini menunjukkan bahawa terdapat guru berada dalam tahap kemahiran yang kurang memuaskan dan memerlukan latihan bagi meningkatkan kecekapan mereka agar dapat mengajarkan Bi dengan lebih berkesan dan

iii) walaupun ibu bapa dari sekolah bandar cenderung dan bersedia ke arah pelaksanaan dasar tersebut, namun yang tidak bersedia jugaagak ramai. Bagi sekolah luar bandar, hanya sebahagian kecil ibu bapa telah bersedia dengan pelaksanaan dasar ini.

Tindak Susul Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM 2016

Kajian BPPDP (2012) ini telah mencadangkan mata pelajaran BI dijadikan mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM. Walau bagaimanapun kajian ini juga menekankan bahawa pelaksanaan dasar ini perlu mengambil kira faktor kejayaan dan kesediaan seperti guru, pentadbir dan kemudahan sekolah yang memberi kesan secaralangsung ke atas pencapaian murid. Selain itu, kajian ini juga mencadangkan keperluan penilaian secara terperinci dan menyeluruh terhadap program penambahbaikan BI yang sedang dan akan dilaksanakan.

Berikutan daripada trend pencapaian BI PMR dan SPM yang semakin menurun dan merujuk hasil dapatan dan cadangan kajian BPPPDP (2012), tinjauan terhadap kesediaan pihak pelaksana dasar yang terdiri daripada pengetua, guru dan murid dalam menjayakan Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris 2016 telah dijalankan. Hasil daripada tinjauan ini bukan sahaja dapat membantu mengenal pasti isu yang timbul terutamanya di peringkat sekolah yang dapat menghalang kejayaan dasar tersebut, malah secara tidak langsung dapat membantu pihak pelaksana dasar meningkatkan peratus kelulusan Bi sejajar dengan hasrat Dasar Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM 2016. Tindak susul ini bertujuan untuk meninjau peranan pihak penggubal dasar dalam membantu pihak sekolah dalam melaksanakan dan seterusnya menjayakan Dasar Wajib Lulus peringkat SPM mulai 2016. Secara khusus tujuan tindak susul adalah untuk:

i) mendapatkan pandangan dan senario sebenar tentang kesediaan pihak pelaksana (pihak pentadbir, guru dan murid) melaksanakan Dasar Wajib Lulus BI mulai tahun 2016.
ii) mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan dan menjayakan dasar Wajib Lulus BI.
iii) memberi input kepada perancang dan pemutus dasar bagi membantu pihak sekolah menjayakan dasar wajib lulus BI dan seterusnya meningkatkan peratusan lulus BI.
iv) memberi input kepadaperancang dan pemutus dasar bagi membantu meningkatkan potensi pelajar untuk lulus BI dan
v) memberi input kepada panel pakar Majlis Penarafan Standard dan Kualiti BI berkaiitan isu, cabaran dan cadangan bagi membantu meningkatkan potensi murid lulus BI.

Selain sekolah menengah di Sarawak, temu bual dengan pelaksana, iaitu pihak pengurusan sekolah, guru BI dan murid jugadilaksanakan di negeri yang dikenalpasti sebagai negeri yang mempunyai peratusan tinggi dalam pencapaian BI Band 6, iaitu Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Secara keseluruhan, pelaksana dasar melaksanakan pelbagai inisiatif di dalam dan di luar bilik darjah untuk meningkatkan tahap pencapaian BI seperti English Clinic, Spelling Bee, English Month, English Week dan English Camp. Walaupun  Bi berada di Band 5 dan Band 6, terdapat sekolah yang terpilih untuk menyertai  dan memenangi pertandingan yang dianjurkan di pelbagai peringkat seperti  Johan Choral Speaking peringkat Daerah. Malah sebuah sekolah telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian Bi daripada Band 7 ke Band 6.5. Selain itu terdapat juga pihak pentadbiran  yang memberi sokongan positif seperti menggalakkan pembudayaan pertuturan dalam BI di sekolah, mewajibkan semua murid dan guru bertutur bahasa inggeris di sekolah setiap hari dengan slogan No English, No Service dan menambah waktu  pengajaran BI kepadaenam waktu.

Wallahu ’alam

Koleksi Brif Isu Dasar Pendidikan 2012-2015
Sektor Dasar, BPPDP, KPM
ms 39-42

Doa Nasiri (6)

60. Ya Rabbi, jadikan kami mengikut jalan yang beruntung dan jadikan khatam kami khatam para syuhada Ya Rabbi
61. Jadikan zuriat kami para salihin, ulama yang bertindak dan memberi nasihat.
62. Ya Allah, pulihkan keadaan masyarakat dan Ya Allah, mudahkan penyatuan kami.
63. Ya Rabbi, berikan kejayaan yang jelas kepada dia yang memikul tanggungjawab dan menegakkan Deen.
64. Dan tolonglah dia, Wahai Yang Maha Penyabar dan golongannya dan isikan hatinya dengan apa yang Engkau redhoi.
65.Ya Rabbi, bantulah Deen Muhammad dan jadikan akhirnya segagah permulaannya.
66. Peliharalah ia Ya Allah dengan memelihara ulamak dan tingkatkan mimbar cahayanya hingga ke langit.
67. Ampunkanlah, berikanlah kesejahteraan dan tampunglah kekurangan kami dan ampunkan dosa-dosa kami dan dosa-dosa sekelian kaum Muslimin Ya Rabbi.
68. Ya Rabbi, berkatilah Yang Terpilih dengan selawat yang sempurna
69. SelawatMu yang menjayakan segala urusannya yang selayak nilainya yang tinggi.
70. Dan berkatilah keluarganya yang mulia dan sahabah-sahabah yang agung dan mereka yang mengikuti mereka.
71. Segala puji-puji bagi Allah yang dengan pujiNyalah sesiapa yang mempunyai matlamat dapat memenuhi matlamat tersebut.

Aameen Ya Rabbal Alamen.
Syeikh Muhammad ibnu Nasir
Maghribi.

Wallahu ’alam

Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor

Doa Nasiri (5)

50. Dan demi mertabat ayat-ayat  Quran yang kukuh dan demi martabat Ismul Azam yang Agung.
51. Ya Rabbi, Ya Rabbi, dirikan kami sebagai fuqara di hadapanMu, lemah dan hina.
52. Kami menyeruMu dengan doa si penyeru yang menyeru Tuhan yang Mulia yang tidak berpaling daripada si penyeruNya.
53. Terimalah doa kami dengan limpah kurniaMu dengan penerimaan seorang yang mengetepikan balasan setimpal
54. Limpahkan ke atas kami limpah kurnia dari Yang Maha Pemurah dan berlemah lembutlah dengan kami dengan kelembutan Yang Maha Penyabar.
55. Wahai Ya Rahim, panjangkan rahimMu keatas kami dan tebarkan barakahMu ke atas kami, Wahai Yang Amat Pemurah.
56. Buatlah pilihan untuk kami dalam setiap perkataan kami dan pilihlah untuk kami dalam setiap perbuatan kami
57. Ya Rabbi, jadikanlah kami sentiasa berpegang dan menghidupkan Sunnah Rasul yang mulia.
58. Khususkan kehendakkami yang banyak hanya untukMu dan kurniakan kami makrifah yang sempurna.
59. Satukan ilmu dan perbuatan bagi kami dan halakan harapan kami kepada tempat tinggal yang abadi.......

Wallahu ’alam

Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor

Doa Nasiri (4)

40. Berikan kami kuasa ke atas negeri-negeri serta kehormatan, kekebalan dan tatacara pemerintahan.
41. Kurniakan kepada tanah air ini kekuatan daripada rahsia yang terpelihara dan berikannya perlindungan dengan hijab yang jamal.
42. Demi Sad, Qaf dan Nun, kurniakan seribu hijab dihadapnya.
43. Demi mertabat cahaya wajahMu dan mertabat rahsia kerajaanMu yang menakjubkan.
44. Demi mertabat La ilha illallah dan mertabat KejadianMu yang Paling Sempurna, Ya Rabbi
45. Dan demi mertabat segala yang dengannya para anbiyya’ berdoa kepadaMu dan demi mertabat segala yang dengannya para aulia’ berdoa kepadaMu
46. Dan demi mertabat qudrah Qutb dan Autad dan demi Jaras dan Afrad
47. Dan demi mertabat Akhyar dan mertabat Nujaba dan mertabatNuqaba’
48. Dan demi mertabat setiap  orang yang beribadah dan berzikir dan mertabat setiap orang yang memuji dan bersyukur.
49. Dan demi mertabat setiap mereka yang Engkau tingkatkan nilai mereka, yakni yang tersembunyi dan yang terkenal namanya.............

Wallahu ’alam

Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor