Sikap Tuk Kenai terhadap Tariqah
Di zamannya telah
dibawa masuk tariqah-tariqah sufi, antaranya tariqah Naqsyabandiyyah,
Syadziliyyah, Ahmadiyyah dan lain-lain di mana ada sebahagian ulama dan para
cendekiawan mengamalkannya.

Menurut Hj
Hasbullah Buk, Ketereh (lahir 1901), Tuk Kenali adalah seorang ulama yang
memegang Al-Quran dan Al-Hadis, apa perlunya lagi beliau menganut tariqah
seperti itu. Pendapat ini sejajar dengan pendapat Prof. Asy-Syaikh Abu Bakr Al-Jazaa’iri,
seorang tokoh di Masjid An-Nabawi dan Universiti Islam Madinah. Demikianlah
juga dengan pendapat dan pengkajian Al-Ustaz Yusuf Ab Rahman Al-Barqaawi dan Ab
Rauf Al-Abuusi.
Wallahu a’lam.
20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988
No comments:
Post a Comment