Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil bin Habib bin al-Huzali, Abu Abdul Rahman.
Ibunya ialah Ummu Abdillah daripada qabilah Huzali juga. Beliau termasuk di
kalangan yang mula-mula masuk Islam. Diriwayatkan bahawa beliau orang yang
keenam memeluk Islam. Antara manaqibnya ialah : Beliau merupakan orang yang
pertama menyaringkan bacaan al-Quran di Mekah di hadapan orang-orang kafir.
Berhijrah ke Kota Habsyah kemudian ke Kota Madinah, menyertai bersama
rasulullah saw di dalam peperangan Badar, Bai’ah al-Ridhuan dan semua
peperangan.

Rasulullah pernah berkata padanya : Sesungguhnya kamu
seorang budak yang layak menjadi guru dan Umar ra berkata : Bekas yang dipenuhi dengan ilmu. Meriwayatkan
sebanyak 848 hadis. Umar ra melantiknya menjadi gabenor di Kufah dan juga
penguasa Baitulmal. Beliau kembali ke Kota Madinah pada zaman pemerintahan
Uthman ra. Meninggal pada tahun 32 Hijrah atau selepasnya dalam usia 60 tahun
di Kota Madinah.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment