
Saidina Umar melantiknya untuk menguruskan zakat di Taif. Dan dalam riwayat
secara mursal oleh Ibn Abi Syaibah bahawa nabi saw melantiknya menjadi gabenor
di Taif. Antara yang meriwayatkan daripadanya ialah anaknya Asim, Abdullah,
Alqamah, Amru, Abu al-Hakam dan lain-lain lagi. Abu al-Hasan al-Madini berkata
: Sufyan bin Abdullah telah menyertai peperangan Hunain dan saudaranya Uthman
telah terbunuh dalam peperangan tersebut.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment