Bahagian 5

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini hamba yang
berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami
meminum air kolam nabi kami al-Kauthar; selamatkanlah kami semasa menyeberangi
titian Siratulmustaqim.
Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke syurga Engkau
bersama-sama orang yang memasuki ke dalamnya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini,
mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami nabi Muhammad saw dan
dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.
Rabbana atina fiddunya
hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina azaban nar. Wasallallahu ala
saiyidina Muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.
Aameen.
Masjid Abu Bakar
Assiddiq,
Bangsar Kuala Lumpur
1 Dis 1988.
No comments:
Post a Comment