Bahagian 4

Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada di
dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga,
selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan
kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam
perjalanan menuju Mahsyar; selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di Padang
Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat
bayangan naungan Arasy Engkau.
Aameen.
Masjid Abu Bakar
Assiddiq,
Bangsar Kuala Lumpur
1 Dis 1988.
No comments:
Post a Comment