Monday, April 25, 2011

Zaman dan takdir..........

  1. Bencana berasal dari kita
Kita sering mencela  zaman padahal zaman tidak bersalah. Kitalah sesungguhnya yang bersalah. Kita telah menyalahgunakan zaman.

Kita sering mencaci zaman yang tidak berdosa. Seandainya zaman boleh bercakap ia pun akan mencai kita.

Sebuas-buas harimau dia tidak akan memakan anaknya sendiri. Tetapi mengapa ramai manusia yang sanggup memakan saudaranya sendiri?

  1. Rela menerima takdir
Sesungguhnya aku tidak menyukai zamanku tetapi aku rela menerima segala kepastianNya.

Biarlah hari-hariku selalu membenciku aku rela menerimanya walaupun secara terpaksa.

  1. Kekuasaan orang-orang bodoh
Ujian zaman akan datang silih berganti. Namun zaman pun membawa sejuta kebahagiaan. Zaman dapat meruntuhkan jabatan para penguasa. Sebaliknya zaman pun dapat mengangat darjat orang-orang bodoh yang tertindas.

  1. Waktu dapat mewujudkan bahagia atau derita
Waktu itu ada dua perkara, iaitu yang mengandungi kedamaian dan menyimpan bahaya. Hidup juga ada dua perkara, iaitu hidup yang penuh suka dan yang menyimpan duka.

Lihatlah air laut yang jernih itu sering bercampur dengan bangkai-bangkai busuk tetapi dasarnya yang paling dalam tersimpan mutiara yang berharga.

Di langit biru terdapat bintang-bintang yang tidak terbilang dan tidak akan ada yang mengalami gerhana kecuali matahari dan bulan.

  1. Sekali himpitan menegang pastilah ia akan terbuka
Sering kali cubaan itu datang, menghimpit hati seorang pemuda. Namun ketika mereka bertakwa Allah swt berikan jalan keluarnya.

Suasana pun semakin menghimpit. Dan begitu rantainya semakin menegang, ia mengendur kembali. Padahal aku menduga bahawa himpitan itu tidak akan terbuka.

  1. Redha terhadap qada’ dan qadar
Biarkan hari-hari berlalu. Lapangkan jiwamu apabila menerima keputusan qadha’. Jangan jemu bersabar apabila ditimpa musibah kerana di dunia ini tidak ada derita yang abadi.

Jadikan dirimu sebagai orang yang merasa banyak dosa terhadap sesama manusia. Hapuskan dosa itu dengan sentiasa memberi setitis kebahagiaan kepada hati mereka. Iaitu dengan bermurah hati sahaja dapat menebus setiap kesalahan.

Jangan sekali-kali menganggap remeh kepada musuh-musuhmu kerana itu dapat membuat dirimu lalai. Dan kelalaian terhadap musuh merupakan  malapetaka besar.

Jangan mengharapkan kemurahan daripada orang lokek kerana embun tidak pernah menitis pada waktu siang.

Rezeki itu ibarat bayang-bayang. Apabila dikejar ia menjauh apabila dibiarkan ia akan diam.

Tidak ada kebahagiaan dan pederitaan yang abadi seperti kekayaan dan kemiskinan. Jika engkau selalu memiliki rasa puas maka tidak ada bezanya antara kau dan pemilik kekayaan yang melimpah.

            Sesiapa didatangi kematian nescaya langit dan bumi tidak dapat mencegahnya.
            Bumi Allah swt ini luas tetapi jika ditakdirkan pahit menimpamu sempitlah
rasanya di bumi ini. Tinggalkanlah hari-hari yang berkianat setiap saat kerana tidak ada ubat yang dapat menghalang kematian.
           
  1. Tentang nasib
Sekumpulan singa terkapar di tengah hutan dan mati kelaparan sementara di tengah keramaian kota seribu anjing memakan daging-daging kambing. Kadang kala hamba abdi tidak beralaskan sutera sementara orang-orang terhormat tidur beralaskan tanah.

  1. Kehidupan bangsawan dan rakyat biasa
Aku lihat keldai dipelihara dan diberi makan sesuai dengan seleranya padahal banyak singa yang haus dan kelaparan. Aku lihat bangsawan tidak mendapatkan makanan sehari-hari mereka. Padahal rakyat biasa ramai yang mengecap manna dan salwa.

Itulah takdir atas semua makhluk. Dan  tidak seorang pun mampu menahan pantasnya takdir.

Sesiapa yang mampu mengetahui perubahan zaman dan situasi ia akan bersabar menghadapi cabaran dan tidak mengeluh.

  1. Matinya kekasih
Aku bersabar menghadapi takdir yang datang padaku. Jika tidak ia pasti datang juga pada saat yang lain. Jika aku menyerah maka kekasihku akan mati lebih dahulu sebelumku. Dan matinya orang-orang tercinta sebelumku akan menyusahkanku.

  1. Kehendak Tuhan
(Ibn Katsir kepada kita : ” Dahulu Imam Syafi’i mengatakan bahawa Al-Quran bukan makhluk. Dan sesiapa yang mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk bererti ia kafir. ” Imam Syafi’i lalu membacakan ayat-ayat dan hadis-hadis yang membahas sifat-sifatNya dengan jelas, seperti umumnya penganut salaf. Setelah itu beliau mengatakan : )

Apa yang Kau kehendaki pasti terjadi, meskipun itu tidak seiring dengan keinginanku. Tetapi apa yang aku inginkan tak mungkin menjelma jika tidak sejalan dengan kehendakMu.

Kau ciptakan manusia yang telah Kau ketahui sebelumnya. Dalam ilmuMu pula ada manusia muda dan tua.

Di antara mereka ada yang bahagia dan menderita sera ada pula manusia yang baik dan yang buruk.

Ada manusia yang Kau beri kemuliaan, ada pula yangKau beri penghinaan dan ada yang Kau beri pertolongan ada pula yang tidak.

  1. Ingkar terhadap  peramal ( ahli nujum )
Beritahu kepada para ahli nujum bahawa aku tidak percaya dengan ramalan mereka yang hanya berdasarkan susunan bintang-bintang. Kerana aku tahu bahawa semua yang ada dan bakal terjadi pasti berasal dari kehendak Tuhan.

  1. Berhati-hati dan berwaspada
Ular-ular raksaksa itu semakin mengganas dan banyak tingkah. Katakan kepada mereka, sebaiknya mereka berhati-hati dan waspada!

Engkau pun akan berprasangka baik pada hari-hari ketika engkau mendapatkan keuntungan dan engkau tidak akan takut kepada nasib buruk yang menimpamu.

Ketika engkau selamat daripada berbagai bencana engkau cenderung lalai dengan keadaan itu. Tetapi ingatlah bahawa di antara kejernihan pasti ada kekeruhan.

  1. Biarlah duka itu berlalu
Banyak mata yang terjaga banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang berlaku atau yang akan terjadi. Tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. Kelmarin, Tuhan telah menolongmu. Percayalah, esok pun Dia masih akan tetap menolongmu.

  1. Pasang surut nasib
Orang yang bernasib baik akan memiliki nama yang popular.  Kadangkala ia mendapat populariti bukan berasal daripada perbuatannya. Begitu juga orang yang tidak bernasib baik yang memiliki keburukan. Maka semua keburukan orang lain pun disabitkan kepadanya.

 (Nasihat Imam Syafi’e, Muhammad ‘Alif Al-Za’by, 2008)

No comments:

Post a Comment