Monday, April 25, 2011

Adab bersahabat dengan Allah Taala……

  1. Sentiasa menundukkan matamu serta khusyuk dan khuduk pada Allah Taala.

  1. Menghimpunkan cita-cita kepada Allah Taala dan sentiasa bertafakur pada kebesaran Allah Taala dan ’azmah’Nya dan jangan  memnanyakkan pada memikirkan yang lain daripada Allah Taala daripada keduniaan dan kemuliaannya dan  hati sentiasa hadir serta Allah Taala.

  1. Mengekalkan diam daripada berkata-kata pada perkara yang tiada memberi faedah kepada agama kerana Nabi saw bersabda :
Ertinya : (Lazimkanlah dengan melanjutkan diam kerana diam itu menolak
syaitan)

  1. Sentiasa mendiamkan segala anggota daripada perkara yang sia-sia kerana diam anggota itu, melazimkan khusyuk dan khuduk hati dan hadir hati kepada Allah Taala.

  1. Menyegerakan pada mengerjakan yang disuruh oleh Allah Taala

  1. Menyegerakan pada menjauhkan segala yang dilarang oleh Allah Taala.

  1. Jangan menentang qadakNya yakni apabila engkau melihat sesuatu perbuatan janganlah engkau menyangkal dan menegur dengan hatimu hanya sesungguhnnya semua perbuatan itu diserahkan kepada Allah Taala, melainkan jika perbuatan itu menyalahi syarak maka jika ada manfaat pada mengingkarinya maka tegurlah dengan lidah sahaja dan jika tiada memberi manfaat maka diam daripada menginkarinya adalah terlebih baik daripadanya.

  1. Mengekalkan zikir dengan lidah dan dengan hati seperti yang dibicarakan dalam bab yang keenam.

  1. Mengekalkan tafakur kepada Allah Taala dan kebesaranNya hadir hati serta Allah dan ingat kepadaNya dan jangan mengingatkan yang lain daripada Allah Taala daripada segala perkara yang sia-sia.

  1. Memilih dan melebihkan Allah Taala daripada segala makhluk dan daripada segala yang lain daripada Allah Taala.

  1. Berputus asa daripada makhluk yakni jangan berpegang kepada makhluk pada segala hajatmu kerana makhluk itu tiada memberi mudarat. Hanya sesungguhnya mudarat dan manfaat itu daripada Allah Taala sahaja.

  1. Khuduk, menghinakan diri di dalam hatimu kerana kehebatan Allah Taala dan takut padaNya.

  1. Pecah hati kerana malu pada Allah Taala.

  1. Diam daripada membicarakan usaha ikhtiar kehidupanmu mengenai rezekimu. :
    • kerana percaya dan berpegang dengan pengakuan Allah Taala bahawa Ia yang memberi rezeki kepada sekalian hambaNya.
    • Kerana bertawakal atas anugerah Allah Taala bagi hambaNya.
    • Kerana engkau telah mengetahui dengan xebaik-baiknya bahawa Allah Taala telah memilih engkau kerana firmanNya :
Ertinya : (Tiada sesuatu yang melata di bumi, samada manusia atau binatang, samada di darat atau dilaut melainkan Allah Taala yang memberi rezeki kepada mereka)

Yakni telah diakuiNya di dalam Al-Quran.

           
Dan kata Imam al-Ghazali yang dirahmati Allah Taala :

Ertinya :
(Dan segala adab bersama Allah Taala ini sewajarnya engkau ingatkannya pada segala malam dan siangmu kerana segala adab ini adalah adab bersahabat bersama ’Sahib’, yakni bersama Tuhanmu yang Ia tiada bercerai denganmu.....)

( (Seperti firman Allah Taala:

Ertinya :

(Dan Allah Taala itu bersamamu di mana sahaja kamu berada) ).
........Dan segala makhluk itu bercerai denganmu pada setengah waktumu).

(Hidayah Salikin)

No comments:

Post a Comment