Saturday, April 23, 2011

Berakhlak mulia ( bhg 1 ) ..........

  1. Perbanyakkanlah amal kebaikan
Nafsuku padam tatkala ubun-ubunku menyala. Malamku gelap gelita ketika bintang bersinar terang. Wahai burung hantu yang hinggap di atas ubun-ubunku! Ketika burung gagak terbang dariku kau kunjungi aku dan ku lihat tubuhku semakin rapuhj Memang setiap tempat yang kau kunjungi bererti itulah tempatnya kerapuhan.

Masihkah dapat aku nikmati manisnya hidup meskipun rambutku semakin menipis dan ubanku semakin banyak, sulit untuk disemir. Ketika usia merangkak senja seseorang telah datang dan rambutnya semakin memutih, hendaklah dia segera menghapus kekelaman serta kekelabuan hari-harinya dengan kebaikan.

Tinggalkanlah hal-hal yang buruk! Kerana hal itu haram dilakukan oleh orang yang bertakwa. Dan tunaikanlah zakat atas kedudukan dan jabatanmu, kerana zakat tersebut sama dengan zakat harta  bila telah sampai nisabnya.

Berlaku baiklah kepada semua orang kelak engkau akan dapat menguasai mereka. Dan sebaik-baik pekerjaan adalah memanfaatkan mereka.

Janganlah berjalan di atas bumi dengan penuh keangkuhan. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi bumi ini akan menelanmu.

Sesiapa sedang mengecapi dunia, di situlah aku pernah merasakan  pahit getirnya kehidupan. Bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kenistaan bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. Dunia tidak ubahnya bangkai-bangkai busuk yang hanya anjing-anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. Jika engkau menjauhi dunia kelak engkau akan selamat daripada kotorannya. Tetapi jika engkau dekati dunia maka engkau akan diserang oleh anjing-anjingnya.

Berbahagialah orang-orang yang kukuh asas imannya dan menutup diri dalam kesucian jiwa.

  1. Akhlak yang baik
Jika aku dicaci maki oleh orang yang hina itu petanda bahawa darjatku bertambah. Kerana tidak akan muncul keaiban kecuali akibat tingkah seseorang. Jika jiwaku belum menjadi  mulia atas diriku akan aku tempatkan ia di kalangan orang-orang yang hina. Jika semua upaya aku maksudkan hanya untuk kepentinganku sendiri maka kau akan menemukan diriku memiliki banyak kesempatan untuk itu. Tetapi aku berusaha melakukan sesuatu untuk kepentingan kawan-kawanku. Sungguh merupakan suatu cela atas orang yang kenyang sementara dia membiarkan kawan-kawannya kelaparan.

Pada suatu ketika aku pernah mendapat penghinaan daripada orang bodoh namun aku tidak menanggapinya. Dia semakin bodoh dan aku semakin bijak. Ibarat batang kayu cendana, semakin hangus dibakar, semakin harum baunya. Jika orang-orang bodoh berkata-kata di depanmu janganlah engkau tanggapi!. Sebaik-baik tanggapan ialah dengan bersikap diam. Jika kau bercakap di hadapan mereka janganlah sampai terbawa arus pendapat yang diciptakan mereka. Dan jika kau berpaling dari mereka, wajah mereka akan nampak pucat lesi.

  1. Jiwa yang kerdil
(Diriwayatkan oleh Abdullah Al-Asbahani dari Abu Nashr; dari Abu Abdillah yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Imam Al-Syafi’i berkata : )

Tompokan wang dapat membuat  orang-orang yang sebelumnya membisu menjadi banyak cakap. Hati mereka tidak pernah mengenal kelebihan orang lain dan tidak tahu pula darjat kemuliaan mereka sendiri.

  1. Jiwa yang mulia
Tanggalnya gigi, seksa di penjara, tercabutnya nyawa, ditolaknya cinta, dingin yang mencengkam, hukuman gantung, menyamak kulit binatang tanpa sinar matahari, makan daging, memburu burung, menanam biji di tanah yang gersang, memadam api yang menyala, menanggung malu, menjual rumah dengan harga murah, menjual kasut, dan menghadapi keganasan cambukan tali, semua itu masih lebih ringan daripada berdiri di depan pintu orang berada meminta belas kasihannya.

  1. Tiga sebab datangnya penyakit
Terdapat tiga perkara yang dapat merosak manusia di samping juga menyebabkan orang sihat menjadi sakit. Iaitu minum minuman keras, terlalu kerap berenggama, dan terburu-buru memasukkan makanan ketika di mulut masih ada makanan.

Mestikah aku taburkan permata di hadapan kambing-kambing bodoh atau mestikah aku bersajak di hadapan penggembala kambing-kambing?

Sungguh! Jika hidupku menderita di negeri ini aku akan memanfaatkan kata mutiara yang keluar dari penghuninya.

Jika Allah swt masih menganugerah aku dengan kasihNya, akan aku temukan orang-orang pandai dan bijak.

Akan aku taburkan ilmuku dan aku manfaatkan kecintaan mereka. Jika tidak, maka ilmuku akan selalu aku simpan.

Sesiapa mengajar orang bodoh akan sia-sia. Sesiapa melarang orang lain yang berhak mendapat ilmu, zalimlah ia.

  1. Meruntuhkan kehormatan orang lain
Wahai orang yang telah menghancurkan kehormatan orang lain dan yang memutuskan silaratulrahim kau akan hidup penuh kehinaan. Jika engkau orang merdeka dan daripada keturunan orang yang baik-baik pastilah kau tidak akan menodai kehormatan orang lain.

Sesiapa pandai menimbang orang lain tentulah orang lain pun akan menimbang dirinya dengan segenap kebaikannya. Aku telah mengujimu dan kau telah menguji keperibadianku. Sudah cukup bagiku pengajaran daripada guruku.

  1. Buruk sangka
Prasangkamu selalu buruk dan prasangka buruk itu sumber fitnah. Ketika seseorang melemparkan tuduhan dalam keadaan lapar, ia hanya mengungkapkan prasangka baik dan ucapan yang sedang didengar.

  1. Terimalah maaf dengan tulus
Terimalah permintaan maaf sahabatmu yang melakukan kesalahan baik ia jujur mengatakannya kepadamu ataupun tidak. Dengan itu bererti ia telah taat kepadamu orang yang engkau terima daripada segi lahiriahnya sahaja. Dan telah membuatmu mulia orang yang bermaksiat  kepadamu secara sembunyi-sembunyi.

  1. Permintaan maaf dengan tulus
Dia menyatakan kepadaku, ” Si Polan telah membuatmu sedih, ” Padahal merupakan suatu cela bila seorang pemuda dihina. Aku menjawab : ” Dia telah datang kepadaku untuk meminta maaf. Dan menurutku permintaan maafnya merupakan penebus dosanya.

10. Diam membawa keselamatan

Ramai orang berkata, ”Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi? ”Laku aku katakan kepada mereka : ” Menanggapi suatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan,. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang gila merupakan kebaikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat! Harimau-harimau hutan ditakuti dan disegani ketika mereka diam sedang anjing di jalan banyak yang dilempari kerana selalu menggongong.”

(Nasihat Imam Syafi’e, Muhammad ‘Alif Al-Za’by, 2008)

No comments:

Post a Comment