Sunday, April 24, 2011

Berakhlak mulia ( bhg 2 ) ..........


  1. Keutamaan orang pendiam
Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tidak ada untungnya paling tidak aku tidak rugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa segudang keuntungan bagi pemiliknya.

  1. Para dermawan
Jika kamu tidak dapat bersikap dermawan maka ingatlah bahawa hari-harimu yang telah berlalu tidak akan kembali. Bukankah tanganmu dapat mengepal dan membuka? Apa yang engkau boleh harapkan ketika kau sendiri, tatkala bumi mencengkam dirimu dengan kuku-kuku besinya? Saat itulah tentu engkau dapat berharap untuk kembali ke dunia padahal hari-hari itu tidak pernah akan kembali.

  1. Ciri-ciri orang warak
Seseorang yang memiliki sifat warak’ tidak akan memperdulikan keburukan orang lain oleh kerana ia sibuk dengan keaibannya sendiri. Ibarat orang sakit ia tidak mungkin menghiraukan penyakit orang lain kerana ia sibuk dengan penyakitnya sendiri.

  1. Menutup nafsu
(Yaqut Al-Hamawiy berkata bahawa pada suatu hari ada seseorang yang datang kepada Imam Syafi’i seraya membawa lembaran bertulis : )

Tanyakanlah kepada mufti Mekah daripada keturunan Hasyim. Apa yang dia lakukan ketika sangat marah kepada seseorang?

(Imam Syafi’i lalu menulis sesuatu di bawah pertanyaan ituJ
Tutuplah nafsunya, padam amarahnya. Dan hendaklah bersabar dalam menghadapi setiap persoalan.

(Pembawa lembaran itu kemudian datang kembali sambil  membawa tulisan yang baru sebagai jawapan fatwa Imam Syafi’iJ

Bagaimana mungkin dia dapat menutup nafsunya pada saat nafsu itu telah menjadi pembunuh dan setiap hari ada sahaja halangan yang merintanginya.

Jika dia tidak mahu bersabar atas derita yang menimpanya maka tidak ada jalan lain baginya kecuali hidup berkubang tanah.

  1. Menyimpan rahsia
Bila seseorang membuka rahsia peribadinya di hadapan orang kemudian dia mencela orang lain maka orang tersebut di anggap tidak waras.

Bila dia merasa dadanya sempit akibat rahsia peribadinya maka ketahuilah bahawa tempat menyimpan rahsia tersebut lebih sempit lagi.

  1. Hiasan diri
Jagalah dirimu dan hiasilah dirimu dengan budi pekerti yang mulia! Nescaya engkau akan hidup sejahtera dan tutur kata orang-orang terhadapmu akan menjadi indah.

Janganlah memusuhi manusia kecuali dengan sikap ramah. Nescaya waktu akan menolongmu dan sahabat akan mengasihimu.

Jika hari ini rezekimu sulit sabarlah sampai hari esok. Mudah-mudahan keberuntungan menghampirimu.

Tidak baik mencintai orang yang berambang mata kerana ia akan mengikuti arah angin ke mana pun ia bertiup.

Apalah erti ramai kawan jika mereka tidak mahu menolong pada waktu kita susah.

  1. Bersikap lembut
Aku mengenal ramai orang tetapi aku tidak pernah merasa dengki kepada mereka. Itulah sebabnya mereka sayang kepadaku. Bagaimana mungkin seseorang akan berlemah-lembut kepada seseorang pendengki bila pendengki itu tidak mengkehendaki sesuatu pun selain hilangnya nikmat dari orang tersebut.

  1. Menjaga diri
Jagalah dirimu baik-baik nescaya isterimu akan menjaga dirinya dengan baik. Hindari perbuatan keji yang tidak layak dilakukan oleh seorang Muslim. Zina itu ibarat hutang jika kau lakukan hal itu maka isterimu dan anak-anakmu yang akan membayarnya. Renungkanlah.

  1. Menjaga lidah
Jagalah lidahmu agar ia tidak menyengatimu kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Ramai orang binasa akibat lidahnya padahal dulu mereka dihormari kawan-kawannya.

  1. Rahsia peribadi
Jika hidupmu ingin selamat dari nesta, agamamu mulia dan hartamu terjaga jangan sekali-kali kau buka rahsia peribadi seseorang. Kerana semua orang mempunyai rahsia peribadi dan mereka juga mempunyai lidah.

Tetapi jika kedua matamu terbuka mencari keaibanmu, biarkanlah. Katakan sahaja : ” Hai mataku, ketahuilah bahawa semua manusia mempunyai mata. ” Gaulilah manusia dengan baik, tunjukkan keramahan pada musuh dan layanilah mereka dengan baik.

  1. Menilai diri sendiri
Nilailah orang yang menilaimu dengan ukuran yang digunakannya sewaktu ia menilaimu. Siapa pun yang datang dan berbaik hati padamu sambutlah dengan hati lapang dan siapa sahaja membencimu layanilah. Kembalilah kepada Tuhan kerana segala sesuatu yang datang kepadamu berasal dariNya,.

  1. Jiwa akan mulia dengan hidup apa adanya
Aku bunuh sifat-sifat tamakku maka tenanglah jiwaku. Jiwaku akan hina kalau aku tetap tamak. Aku hidupkan rasa puas yang telah lama mati kerana dengan menghidupkannya harga diri dapat terjaga. Jika sifat tamak bersarang di hati seorang hamba maka ia akan menjadi orang yang hina dina.

  1. Diam itu lebih baik
Tidak ada baiknya banyak bercakap jika engkau telah mengetahui maksud percakapannya. Bagi seorang pemuda lebih baik diam daripada bercakap yang tidak pada tempatnya. Sebab seseorang pemuda memiliki watak yang dapat dilihat dari raut mukanya.

  1. Pahitnya mengemban kebaikan
Jangan engkau fikirkan kebaikan orang yang telah diberikan kepadamu. Pilihlah bahagian yang sesuai untukmu.Bersabarlah! Sesungguhnya sabar itu perisai diri. Pemberian-pemberian orang lebih berat tanggungannya di hati dibandingkan tusukan tombak.

  1. Berpaling daripada orang bodoh
Berpalinglah daripada orang-orang bodoh kerana yang dikatakannya bermula daripada kebodohannya. Tidak akan berbahaya Sungai Eufrat yang dalam itu jika ada anjing yang menyeberanginya.

  1. Mata orang rela itu tumpul terhadap kesalahan
Seringkali mata orang yang rela itu tumpul terhadap semua  keaiban. Tetapi seringkali mata orang yang benci menimbulkan keburukan. Aku tidak takut kepada orang yang tidak takut kepada ku. Dan aku tidak memperdulikan orang yang tidak memperdulikanku. Jika cinta seseorang mendekat kepadaku maka cintaku pun akan mendekat kepadanya. Dan jika cintanya menjauh daripadaku maka cintaku pun menjauh darinya. Masing-masing daripada kita dapat hidup sendiri apalagi jika kita telah mati.


(Nasihat Imam Syafi’e, Muhammad ‘Alif Al-Za’by, 2008)

No comments:

Post a Comment