Monday, January 24, 2011

Permatang Budi

Menapak di permatang ini
kukumpul masa lalu
alangkah mahal budi.

Menapak di permatang ini
kukumpul kemesraan kampung
mereka adalah ibuku, bapaku
adalah kakakku, abangku
kasih pun memberat
mereka adalah kesegalaanku

tidak akan kulupakan
kumpulan manusia luhur
yang ikrab dengan lumpur
kerana dari mereka
kupetik peringatan
tentang erti kehidupan

menapak di permatang ini
kukumpul segala budi
permatang pun terbina di hati
permatang budi

( Rahman Shaari )

No comments:

Post a Comment