Thursday, January 13, 2011

FADHILAT-FADHILAT AL-QURAN – Bahagian 1

Oleh Allama Raisul Muhaddisin Mohammad Zakariyya Sheikhulhadits


Hadith 1

Hazrat Usman  (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah  saw bersabda: “ Yang terbaik di antara kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”


Hadith 2

Hazrat Abu Said  (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman, “ Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingati Daku dan memohon rahmat dariKu, kerana ianya sibuk dengan Al-Quran, Aku akan mengurniakannya lebih daripada mereka yang memohon rahmat daripadaKu. Ketinggian Perkataan Allah k  eatas segala-gala perkataan adalah seumpama Ketinggian Allah di atas segala ciptaan-ciptaan ( makhluk ).”


Hadith 3

Hadzrat Uqbah Ibn-e- Amir (R.anho)  telah berkata Rasulullah saw datang kepada kami ketika kami sedang duduk di atas “Suffah” dan bertanya sama ada salah seorang di antara kami suka pergi ke pasar Buthan atau ‘Aqiq dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa atau memutuskan tali silatur-rahim. Kami menjawab bahawa setiap orang daripada kami suka untuk mengerjakannya. Rasulullah saw kemudian bersabda bahawa pergi ke masid dan membaca dua potong ayat daripada Al-Quran adalah lebih berharga daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih berharga daripada tiga ekor unta betina dan begitu juga membaca empat potong ayat adalah lebih baik daripada empat ekor unta betina dan juga jumlah yang sama daripada unta-unta.


Hadith 4

Hadzrat Aishah (R.anha)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda : ”Seseorang yang ahli d idalam Al-Quran akan berda dikalangan malaikat-malaikat yang mana mereka itu adalah pencatat-pencatat mulia dan lurus dan seseorang yang tidak lancar (tersekat-sekat) di dalam membaca Al-Quran dan terpaksa bertungkus lumus mempelajarinya akan mendapat ganjaran yang dua kali ganda.”


Hadith  5

Hadzat Ibn-e Umar (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, ” Iri-hati (hasad) itu tidak dibenarkan melainkan dalam dua perkara – seseorang yang mana Allah merahmatinya dengan bacaan Al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang mana dilimpah kurniakan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam.”


Hadith 6

Hadzrat Abu Musa (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda : ”Seseorang Mukmin (orang yang beriman) yang membaca Al-Quran adalah seumpama ’ turanj ’ (limau manis) yang mempunyai bau yang sedap dan rasa yang manis. Seseorang yang Mukmin yang tidak membaca Quran adalah seumpama buah tamar yang tidak mempunyai bau walaupun ianya berasa manis, orang Munafiq (budi pekeri) yang tidak membaca Al-Quran adalah seumpama buah liar yang mempunyai rasa yang pahit dan tidak mempunyai bau, dan orang Munafiq yang membaca Quran adalah seumpama bunga raihan (bunga yang berbau manis) yang berbau harum tetapi mempunyai rasa yang pahit.”


Hadith 7

Hadzrat Umar (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, ” Allah memuliakan ramai orang melalui Kitab ini (Kitab Allah) dan Dia juga merendahkan dan menghina ramai orang dengan perantaraan yang sama.”


Hadith 8

Hadrat Abdul Rahman Ibn-e Auf (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ”Di hari Pengadilan kelak tiga perkara akan berada di bawah perlindungan Arsh. Pertama adalah Al-Quran yang Mulia yang akan berhujjah dengan manusia – Al-Quran mempunyai jasmani dan rohani. Kedua ialah amanat (trust). Ketiga ialah tali persaudaraan (silatur-rahim) yang akan mengistiharkan ” Wahai Allah! Berilah rahmat kepada orang yang mempertahankan daku dan tariklah rahmat daripada sesiapa sahaja yang menyia-nyiakan daku.


Hadith 9

Hazrat Andullah Ibne Umar (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : ” Pada Hari Pengadilan kelak akan diseru kepada Orang Al-Quran, ”Teruskanlah bacaan Al-Quranmu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat jannah (Syurga) dan dan bacalah sebanyak mana yang telah engkau baca dimasa kehidupan dunia tempat terakhirmu adalah dimana engkau telah sampai ketempat ayat terakhir daripada bacaanmu.”


Hadith 10

Hadrat ibn-e Masud (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ” Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah akan diberikan satu ’hasanah’ (rahmat) dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh kali ganda pahalanya. Aku tidak berkata bahawa alif, lam, mim sebagai satu huruf tetapi alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf dan mim adalah satu huruf. ”


Hadith 11

Hadrat Ma’adh Johani (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ” Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung d idalamnya, kedua ibu-bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari Pengadilan, yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya. ”


Hadith 12

Uqbah ibn-e Amir (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ” Jika Al-Quran itu dimasukkan kedala kulit dan kemudian dibakar api nescaya ia tidak akan terbakar.”


Hadith 13

Hadrat Ali (R.anho) berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, ”Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya dan menganggap bahawa perkataan-perkataanNya yang halal adalah tetap halal dan yang haram tetap haram akan dimasukkan kedalam Jannat oleh Allah Yang Maha Kuasa yang juga menerima Syafaatnya kepada sepuluh orang daripada ahli keluarganya yang akan dicampakkan ke dalam Neraka.”


Hadith 14

Hadrat Abu Hurairah (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: ”Belajarlah Al-Quran dan bacalah ia kerana seorang yang belajar Al-Quran, membacanya dan menyebutnya di dalam sembahyang tahajjud (sembahyang di tengah malam) adalah seumpama satu bekas yang terbuka yang penuh dengan kasturi, baunya semerbak merebak keseluruh tempat itu dan seorang yang telah belajar Al-Quran tetapi tidur sementara Al-Quran berada di dalam hatinya. Adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi tetapi mulutnya tertutup.”


Hadith 15

Hadrat Abdullah ibn-e Abbas (R.anho) telah meriwayatkan sabdaan Rasulullah saw: ”Seseorang yang tidak ada sebahagian pun Al-Quran didalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.”


Hadith 16

Hadrat Aishah (R.anha)  berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : ” Membaca Al-Quran di dalam sembahyang adalah lebih afdhal (berharga) daripada membaca Al-Quran diluar sembahyang, membaca Al-Quran diluar sembahyang lebih baik daripada tasbih dan takbir (memuji Allah), tasbih adalah lebih tinggi daripada sedekah, sedeqah adalah lebih baik daripada rozah (puasa sunnat) dan rozah adalah penghalang daripada api Neraka.”


Hadith 17

Hadrat Abu Hurairah (R.anho) berkata ”Rasulullah saw bertanya kepada kami, ’Adakah salah seorang daripada kamu, apanila ia kembali kerumah, suka kerana dia dapat  carikan tiga ekor unta betina, yang hamil dan gemuk. Kami pun menjawab, ’Kami suka untuk berbuat demikian. ” Kemudian Rasulullah saw bersabda. ” Tiga potong ayat yang kamu akan baca didalam sembahyang adalah lebih baik daripada tiga ekor unta betina yang hamil dan besar serta gemuk. ”

Hadith 18

Hadrat Aus Thaqafi (R.anho) meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah saw bersabda ” Membaca Quran daripada hafatan (ingatan) mendaoat sebanyak seribu darjat thawab (pahala), sebaliknya membaca Quran daripada Kitab (mashaf) menggandakannya kepada dua ribu darjat.”


Hadith 19

Andullah ibn-e Umar (R.anho) meriwayatkan :”Walaupun demikian, hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air,” Bila seorang bertanya, ”Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersinar kembali?” Rasulullah saw bersabda, ” Selalulah ingatkan maut dan membaca Al-Quran.”


Hadith 20

Hadrat Aishah (R.anha)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ”Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya. Dan yang menjadi kemegahan dan kebanggaan ummahku  ialah Al-Quran yang Mulia (suci).”


















No comments:

Post a Comment