Thursday, January 13, 2011

FADHILAT-FADHILAT AL-QURAN – Bahagian 2

Oleh Allama Raisul Muhaddisin Mohammad Zakariyya Sheikhulhadits

Hadith 21

Hadrat  Abu Dhar  (R.anho)  berkata bahawa ia meminta Rasulullah  saw  memberikan satu nasihat yang berpanjangan. Rasulullah saw bersabda: “Semaikanlah perasaan takut dan hurmat kepada Allah d idalam hati sanubari kamu kerana ini adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik.” Aku meminta supaya baginda menambah lagi dan baginda pun bersabda, “ Tetaplah membaca Al-Quran kerana dia adalah ‘nur’ untuk kehidupan ini dan bekalan (dhakirah) untuk Hari Akhirat.”


Hadith 22

Hadrat Abu Hurairah (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:.”Tidaklah berkumpul orang-orang di salah satu rumah-rumah Allah (Mesjid), membaca Quran dan membacanya kepada satu dengan yang lain melainkan diturunkan ‘Sakinah’ (ketenangan) ke atas mereka, ‘Rahmat meliputi mereka, para-para malakat mengelilingi mereka dan Allah swt menyebut-yebut mereka diperkumpulan malaikat-malaikat.”


Hadith 23

Hadrat Abu Dhar (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasululllah saw bersabda, “ Kamu tidak akan menuju kepada Alllah dan menghampiriNya melainkan dengan sesuatu yang terlebih tinggi akan terus kepadaNya iaitu Al-Quran.”


Hadith 24

Hadrat Anas (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : ”.Bagi  Allah daripada kalangan manusia ini. Ada setengahnya sebagai ahliNya. Para sahahabat radi-Allaho ‘anhum bertabya, “Siapakah mereka itu?’ Baginda menjawan, “Orang-orang Al-Quran. Mereka adalah ahli-ahli Allah dan dikasihi sekali.””


Hadith  25

Hadrat Abu Hurairah (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda,
Allah Yang Maha Kuasa tidak pernah memasang telinga pada sesuatu dengan penuh perhatian sebagaimana Ia telah memberi perhatian yang besar kepada suara lunak merdu dari seseorang Nabi ketika membaca Quran.”



Hadith 26

Hadrat Fudalah ibn-e Ubaid (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda : ”Allah Yang Maha Kuasa mendengar dengan penuh minat suara pembaca Al-Quran lebih daripada seorang tuan yang mendengar suara hamba perempuannya menyanyi.”


Hadith 27

Hadrat Ubaidah Mulaiki (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda,. “ Wahai kamu ahli-ahli Quran, jangan gunakan Quran sebagai bantal tetapi hebdaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam, kembangkan kitab suci itu, bacalah ia dengan suara yang baik dan fikirlah di atas kandungan-kandungannya dengan ini kamu akan mendapat kejayaan . Janganlah kamu gunakannya untuk mendapatkan ganjaran yang serta merta darinya (dalam dunia ini) kerana ia mempunyai ganjaran yang begitu mengkagumkan (diHari Akhirat). ”


Hadith 28

Hadrat Watjilah (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,   Aku telah diberi (Sab’a Tul ) sebagai ganti Taurat, (Mi’in) sebagai  ganti Zabur, (Mathani) sebagai ganti Injil dan (Mufassal)  sebagai satu anugerah istemewa keadaku ”

Tujuh surah pertama digelar “Sab’a Tul (tujuh surah yang terpanjang), sebelah surah yang berikutnya digelar Mi’in (surah-surah yang mengandungi seratus ayat bagi tiap-tiap satu), dua puluh surah yang berikutnya pula dikenali sebagai Mathani (surah yang berulan-ulang). Dan surah-surah yang selebihnya dikenali sebagai ‘Mufassal’ (yang menjelaskan).


Hadith 29

Hadrat Abu Sa’id  (R.anho)  meriwayatkan “Bahawa satu ketika saya sedang duduk bersama-sama satu kumpulan orang-orang Muhajirin yang lemah yang tidakpun mempunyai kain yang cukup untuk menutupi anggota mereka sepenuhnya dan setengah-setengahnya melindungi diri mereka dibelakang orang lain. Seorang Qari (seorang yang pandai membaca AlQuran) sedang  membaca Quran yang Maha Suci. Tiba-tiba Rasulullah saw dating dan berdiri disisi kami. Kedatangan Nabi itu menyebabkan Qari itu memberhentikan bacaannya. Baginda memberi salamsejahtera kepada kami dan bertanya apa yang sedang kami lakukan. Kami pun menjawab kami sedang mendengar Al-Quran dibacakan. Kemudian Rasulullah saw bersabda, :Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan manusia yang sdemikian di kalangan umatku di mana aku diutuskan duduk bersama-sama mereka!. Rasulullah saw duduk ditengah-tengah kami menjadikan baginda berada  sama jarak dengan kami. Kemudian dengan isyarat tangannya ia memanggil kami sekalian supaya dating menghampirinya. Kami semua duduk menghadapkan muka kami arahnya.

Berikutnya Rasulullah saw bersabda, : Wahai kamu orang-orang Muhajirin yang miskin! Aku memberi berita yang baik iaitu ‘nur’ yang sempurna pada Hari Pengadilan, dan kamu akan memasuki surga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari ini adalah bersamaan dengan lima ratus tahun .”


Hadith 30

Hadrat  Abu Hurairah (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ” Barangsiapa mendengar satu ayat dari Al-Quran akan dituliskan untuknya dua ganda kebaikan dan barangsiapa membacanya (satu ayat) ia akan menjadi ‘nur’ kepadanya diHari Pengadilan (Hari Kiamat) ”


Hadith 31

Hadrat  Uqbah Ibn-e Amir (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ” Pembacaan AL-Quran yang kuat adalah seumpama seseorang yang meberikan sedekahnya secara terang-terangan dan seorang yang membacanya secara senyap adalah seumpama seseorang yang memberikan sedekahnya secara sembunyi.”


Hadith 32

Hadrat Jabir (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ” Al-Quran adalah sebagai pemberi syafaat dimana syafaatnya diterima dan sebagai penghujjah yang mana hujjahnya adalah disokong. Barangsiapa meletakkannya di hadapan, ia akan membawanya kesurga dan barangsiapa meletakkannya dibelakang, ia akan mencampakkannya kedalam neraka.”


Hadith 33

Hadrat Abdullah ibn-e Amr (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ”.Puasa dan Al-Quran akan meminta syafaat untuk seorang yang taat. Puasa akan bermohon, “Ya Allah! Aku telah menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari, maka Engkau terimalah syafaatku untuknya ‘dan Al-Quran pula berkata, “Ya Alllah! Aku telah menjaganya dati tidur pada malam hari, maka Engkau terima syafaatku ini untuknya.” Akhirnya, kedua-dua syafaat itu diterima.”


Hadith 34

Hadrat  Said Bin Sulaim (R.anho) telah  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: ” Pada Hari Kiamat, di hadapan Allah tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.”


Hadith 35

Hadrat  Abdullah Ibn-e Amr (R.anho)  telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: ” Barang siapa membaca Al-Quran, menyimpan pengetahuan kenabian didalam dadanya, walaupun tidak ada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seseorang yang mempunyai Al-Quran memarahi kepada orang yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang jahil sedangkan Quran berada didalam dadanya .”


Hadith 36

Hadrat Ibn-e Umar (R.anho) meriwayatkan bahawa  Rasulullah saw bersabda : ” Tiga macam orang yang tidak ada ketakutan pada Hari Kiamat yang penuh dengan huru-hara dan tidak akan dihisab. Mereka berjalan dengan penuh gembiranya di atas timbunan-timbunan kasturi sehingga kesemua manusia telah habis dihisab. Seseorang yang mempelajari Al-Quran semata-mata untuk melihat wajah Allah dan kemudian mengimami orang ramai di dalam sembahyang dengan tingkahlku yang sangat disenangi oleh mereka. Kedua ialah orang yang mengajak orang lain kepada sembahyang semata-mata kerana Allah. Ketiga ialah orang yang berlaku baik di antara dirinya dengan orang-orang bawahannya..”


Hadith 37

Hadrat  Abu Dhar (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “ Wahai Abu Dhar! Jikalau kamu pergi disuatu pagi dan mempelajari satu ayat daripada Kitab Allah adalah lebih baik bagimu daripada mengerjakan sembahyang nafil seratus rakaat dan jikalau kamu mempelajari satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat atau tidak dapat beramal dengannya adalah lebih baik bagimu daripada mengerjakan seribu rakaat sembahyang nafil. ”


Hadith 38

Hadrat Abu Hurairah (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda ” Barangsiapa membaca sepuluh ayat dalam satu malam ianya tidak akan dimasukkan dikalangan orang-orang yang lalai .”


Hadith 39

Hadrat Abu Hurairah (R.anho)  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, :” Barangsiapa menjaga lima kali sembahyang tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai; dari barangsiapa membaca seratus ayat dalam satu malam ia akan dimasukkan dikalangan orang-orang yang taat.”

Hadrat Hasan Basri (R.anho) meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “ Barangsiapa memmaca saratus ayat dalam satu malam akan dibebaskan daripada tuntutan Al-Quran, dan seseorang yang membaca dua ratus ayat akan mendapat ganjaran seolah-olah bersembahyang pada seluruh malam dan barang siapa membaca lima ratus hingga seribu ayat akan mendap satu ‘qintar’. Para sahabat bertanya, “Apakah itu ‘qintat’. Rasulullah saw menjawab, ‘Ianya adalah bersamaan dengan dua belas ribu ‘darah im’ atau dananir (bilangan bagi dirham dan dinar – iaitu unit mata wang yang digunakan di Hijaz pada zaman Rasululla saw ).


 Hadith 40

Hadrat Ibn-e Abbas (R.anho) telah meriwayatkan, “ Hadrat Jibra’il alaih-is-sallam satu ketika meberitahu Rasulullah saw bahawa banyak fitnah akan pasti berlaku. Rasulullah saw bertanya, “ Apakah jalan keluar daripadanya, wahai Jibra’il?.”Dia menjawab, “Kitab Allah.”

















No comments:

Post a Comment