Tuesday, January 18, 2011

Jangan Jadi Gila

Jangan jadi gila nanti akan gila
Jangan gila kuasa penuh dengan bahaya.

Jangan gila judi nanti papa sentiasa
Jangan gila bahasa nanti merapu sahaja

Jangan gila burung nanti teringin kahwin dua
Gila burung gila betina dua-dua membuang masa.

Jangan selalu gila harta nanti jadi tamak sahaja
jika  teringin gila nama nanti mengampu mengada-gada

jika kita gila arak sudah pasti kaki botol
jangan jadi gila otak nanti semua jadi betul.

Jika kita gila isim nanti perangai tak tentu hala
Jika kita gila disco pil ecstessy ingin dicuba.

Jangan gila pangkat nanti rezeki orang cuba disekat
Jangan gila makan nanti boroi macam tak sihat.

Jangan gila dadah nanti badan kurus kering
Jangan gila motor nanti jadi rempit jatuh terguling.

Jangan gila bayang nanti setiap hari syok! Sendiri
Jangan gila babi nanti menyondol tak sadar diri.

Jika gila duit nanti kerja tak kira penat
Jika gila talak nanti tak siuman teringat-ingat.

Ramai gila bertudung tapi tiap hari kena usung
Gila berdua-duaan maruah tergadai jadi melopong.

( Rosli Kuala Pilah )





No comments:

Post a Comment