Wednesday, January 21, 2015

Nostalgia dedaun

Apabila tiba detiknya
perceraian sudah terpaksa
gugur ke semak-samun
menjadi baja

Kerana lemahnya kejadian
tidak bias berucap
melayan kenangan indah
di hujung tangkai
dibelai dingin
dalam simbahan mentari
waktu pagi hingga ke senja
menyerlahkan kehijauan aura.

Tetiba, rindu menggamit
pada beburung ramai
terbang hinggap
berehat dan menyanyi
membawa lagu kali nan luas
dan hamparan padi menguning
di sebuah delta subur
di Tanah Melayu

Pada waktu setenang hati
awan gemawan hanyut belayar
di langit zaman
membawa muatan siksa dan derita
para nelayan
tetapi mereka tidak pula bersuara
menyatakan kesedihan
hinggalah menangis hiba
di tyepian gunung titiwangsa

tidak lama kami dedaunan
mengecap nikmat
tiba masa dan ketika
gugurlah ke bumi
sebagai humas
member perlindungan
kepada cacing dan kuman
di dalam tanah.

Abdullah Awang
Kota Bharu, Kelantan
BH, 28 Dis 2014

No comments:

Post a Comment