Sunday, January 4, 2015

Anugerah Maulidur Rasul saw kebangsaan 2015

Tokoh Perdana

Tan Sri Dato’ Syaikh Hj Ismail b Hj Muhammad
Imam Besar Masjid Negara

Tan Sri Dato’ Syaikh Hj Ismail b Hj Muhammad merupakan Imam Besar Masjid Negara dari tahun 2007 hingga sekarang. Beliau juga merupakan mantan Imam Besar Masjid Putra 2000 hingga 2006. Mantan Pensyarah dan Timbalan Pengerusi Institut Tadbir Sultan Haji Hasanul Bolkiah, Brunei dari tahun 1992 hingga tahun 2000. Tan Sri Dato’ Syaikh Hj Ismail juga pernah dilantik sebagai Hakim Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa anjuran Malaysia, Brunei, Mesir, Arab Saudi, Dubai, Iran, Qatar dan TV Al-Jazeera. Beliau juga merupakan tokoh Maal Hijrah negeri Terengganu 2010 Masehi 

Mudah-mudahan keluarga saya yang di kampung-kampung, yang mengenali saya akan juga berbangga dengan kurniaan ini dan penghargaan ini. Pada JAKIM dan juga kerajaan Malaysia yang telah memileh saya dan saya ucapkan terima kasih banyak-banyak, mudah-mudahan ianya akan menjadi motivasi saya lagi untuk berkerja lebih kuat lagi walaupun usia saya dah melangkaui 71 tahun. Insyaallah saya akan meneruskan tugas ini selagi mana ada yang memerlukan saya dan kesihatan saya mengizinkan.

Di atas segala sumbangan ini. Tan Sri Dato' Syaikh Hj Ismail b Hj. Muhammad layak menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2015.


Penerima Anugerah Maulidur Rasul saw :

Prof. Madya Dr. Hafidzi b Mohd Noor
Pensyarah Universiti Putra Malaysia

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berusia 49 tahun, berasal daripada Seremban Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi. Beliau merupakan pendakwah dan aktivis kemasyarakatan semenjak masih menuntut di universiti lagi. Beliau merupakan pengerusi GIM International 1999 hingga 2000. Prof. Madya Dr. Hafidzi juga sering menjadi tetamu jemputan dalam wawancara tv, akhbar harian, majalah, radio dan sebagainya. Prof. Madya Dr. Hafidzi sering juga menyertai misi-misi kemanusiaan di serata dunia. Beliau juga banyak menulis buku-buku berkongsi ilmu dan mendidik masyarakat. Di atas segala sumbangan itu Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati bt Syed Ismail
Pensyarah Akademik Pengajian Islam, UM

Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati  dilahirkan pada 2 Februari 1969 di Johor Bharu, Johor. Pencapaian Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati  ialah sebagai Ketua Jabatan Siasah Syariah Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pakar rujuk penggubalan dasar wanita negara dan penilai jurnal syariah. Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati  merupakan ahli panel forum Perdana Ehwal Islam di  TV1 RTM. Beliau juga merupakan juri tetap rancangan realiti kanak-kanak yang termasyhur iaitu Adik-Adikku, terbitan JAKIM dan RTM.  Di atas segala sumbangan Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati  bt  Syed Ismail layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Muhamad b Abdullah
Pendakwah bebas

Dilahirkan pada 22 Mac 1976, itulah Muhammad b Abdullah. Pada usia 15 tahun beliau telah ke Pakistan untuk program tahfiz kemudian meneruskan perjalanan ke Maahad Muhammadi, Kelantan. Setelah tamat di Universiti Malaya, beliau ke Maahad Insaniah, Pulau Pinang. Selepas itu beliau telah diterima ke Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah. Di Kaherah, beliau telah mengambil diploma Administration of Islamic Judiciary (DAIJ) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Muhamad b Abdullah telah mengasaskan Sekolah Maahad Sains Al-Quran Al-Amin di Sunway, rumah anak-anak yatim di Subang Jaya, rumah HIV Muslim dan bersama Yayasan Al -Ijabah di dalam program amal. Di atas semua sumbangan ini, Muhamad b. Abdullah layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Nazrey Johani
Bekas anggota kumpulan nasyid Raihan

Nazrey Johani, memang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri nasyid tanah air. Album nasyid puji-pujian memenangi anugerah industri muzik dan jualannya melebihi 700 000 keping. Beliau berdakwah melalui lagu-lagunya dan begitu diminati oleh semua golongan masyarakat termasuk kanak-kanak. Nazrey Johani menyemarakkan dakwah melalui seni nasyidnya dengan mengadakan beberapa persembahan di dalam dan di luar negara. Antaranya ialah live concert di Edinburg, Scotland. Selain dari itu beliau juga seorang pendakwah dan aktivis kemasyarakatan dan pengerusi projek pembinaan Komplek Tahfiz Bayu Shahadah, Ranau Sabah. Di atas segala sumbangan ini,  Nazrey Johani layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Muhammad Azlan b Mat Lazim
Atlet paralimpik

Muhammad Azlan b Mat Lazim berusia 24 tahun, berasal dari Kemaman, Terengganu. Beliau banyak mewakili negeri Terengganu di dalam temasya sukan di seluroh negara seperti paralimpik di Melaka. Begitu juga dengan temasya paralimpik Malaysia di Kuantan, Pahang. Muhammad Azlan juga telah mewakili negara ke IPC Athletics World Championship di Lyon, Perancis. Beliau juga mewakili negara ke temasya sukan Para Asia ke-7 di Myanrmar dan memenangi dua pingat emas. Muhammad Azlan juga telah mewakili negara ke temasya sukan Para Asia di Incheon, Korea dan memenangi  tiga pingat emas. Di atas kecemerlangannya itu, Muhammad Azlan b Mat Lazim layak menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Datuk Mahamud b Abdul
Bekas Pensyarah UKM

Dilahirkan pada 22 Julai 1948 di Kangar, Perlis, beliau ialah Datuk Mahamud b Abdul, seorang pesara daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Datuk Mahamud b Abdul mendapat pendidikan di Madrasah Al-Alawiyah Al-Diniah, Arau Perlis, Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Ain Syam, Mesir. Beliau telah dilantik sebagai juruacara Bahasa Arab Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa dari 1997  hingga sekarang. Beliau juga merupakan juruhebah, penterjemah, penyampai berita dan ulasan berita serta penulis dan penyampaian rancangan mingguan Peristiwa Seminggu Suara Malaysia RTM. Datuk Mahamud Abdul juga banyak membentangkan kertas kerja dan dilantik sebagai pakar rujuk, menulis buku seperti Buku Warisan Tamaddun Islam bahagian Bahasa Arab. Datuk Mahamud b Abdul layak, menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.

Datuk Hj Salleh b Hj Mat @Ahmad
AJK Panel Syariah, JAKIM

Datuk Hj Salleh b  Hj Mat@Ahmad dilahirkan pada 5 Julai 1947 di Seberang Prai, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan tinggi di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan dan Universiti Al-Azhar. Pengalaman akademik beliau antaranya ialah menjadi Pensyarah di Fakulti Syariah Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan, dan Ketua Jabatan Fiqh dan Usul di Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. Datuk Hj Salleh juga dilantik sebagai perunding dan penasihat kepada beberapa institusi Islam seperti Ahli Jawatankuasa Syariah Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Perak, Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan lain-lain lagi. Beliau juga banyak menulis buku-buku  dan artikel serta menyediakan kertas kerja  persidangan. Di atas segala sumbangan ini, Datuk Hj Salleh b Hj Mat @Ahmad layak, menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.


Leftenan Kolonel Hj Mohd Sakri b Hj Hussin
Pen. Su Bahagian Pengurusan Bencana Majlis Keselamatan Negara

Leftenan Kolonel Hj Mohd Sakri b Hj Husin telah dilahir pada 26 Julai 1960 di kampong Bukit Ajil, Machang Kelantan. Jasa dan pengorbanan Leftenal Kolonel Hj Mohd Sakri amat besar kepada negara. Pada 17 Julai 2014, Leftenan Kolonel Hj Mohd Sakri telah mengetuai satu kumpulan memasuki kawasan pemisah Ukraine untuk berunding bagi membawa keluar kesemua mayat mangsa pesawat MH17 serta membawa pulang kedua-dua kotak hitam dengan seberapa segera tanpa merujuk dan berunding dengan pihak kerajaan Ukraine. Tugas ini amat mencabar sekali kerana kerajaan Ukraine sedang bergolak dengan peperangan. Keadaan begitu sukar kerana pasukan ini terpaksa menempuhi sebelas sekatan jalan raya, check point yang dikuasai tentera Ukraine dan satu titik pemeriksaan oleh pihak pemisah. Selepas mengharungi banyak kesukaran dan rintangan akhirnya, dengan rahmat Allah SWT misi ini selamat dan berjaya diselesaikan dalam masa 24 jam. Oleh itu Leftenan Kolonel Hj Mohd Sakri b Hj Hussin layak, menerima Anugerah Maulidur Rasul 2015.

Wallahu alam.

Masjid Putra, Putrajajaya
3 Jan 2015

No comments:

Post a Comment