Thursday, October 16, 2014

Pesan Tokwan

Mulut terkunci kerana
tokwan telah berpesan
cucunya supaya jangan
banyak berkata-kata
walaupun berjuta
masalah berselirat
di dalam kepala dan di dalam dada
anggaplah perkara itu
satu sandiwara
yang tidak perlu mencari sutradara
untuk dipentaskan kepada
berjuta manusia.

Tokwan telah mengajar cucunya
menjadi rumput yang
sentiasa basah
di puncak banjaran yang
selubung awan
nanti, di hujung waktu
terjuntai sebutir embun
memperkasakan diri mencari
bulan dan matahari.

Naapie Mat
Tanjung Malim
Zulkaedah 1435
BH, 5 Okt 2014


No comments:

Post a Comment