Thursday, October 9, 2014

Pembunuhan Sejarah

Telah barangkali sering
kau menjerut leher sejarah
tanpa kau sedari
sebenarnya kau membunuh
dirimu sendiri

Antara layangan bendera
dan jati diri yang kau remukkan
dengan derita marga
serta linangan air mata pejuang
kau tidak menyangka
ada dirimu yang menyelit antaranya

Kerana seringkali
kau terlupa
mencipta sejarah itu bukan mudah
seperti angkuhnya kau membunuh
setiap luka
yang tidak bisa terbebat
dengan kemenangan sementara.

Hani Salwah Yaakup
Kuala Lumpur-Bogor
Ogos-September 2014
BH, 5 Okt 2014

No comments:

Post a Comment