Ilmu atau pengetahuan itu mempunyai daya kekuasaan. Kesedaran tentang
adanya kekuasaan yang mudah membawa orang kepada kesukacitaan atau kepada
perasaan ketinggian diri. Dan ia juga boleh menyeret ke hala angkuh, sombong
atau riak jika kurang dasar imannya seseorang itu.
Mereka dengan bebasnya menerangkan sifat-sifat jalan ke surga dan jalan
untuk mengelak ke neraka padahal mereka sendiri lupa atas sifat mereka yang
sedemikian. Jika begitu adanya, apakah layak diberikan panggilan penganjur
agama, alim atau ulama atas mereka? Kerana gelaran-gelaran tersebut
seharusnya dimiliki oleh mereka yang mengenal
dirinya, lebih takwa kepada Allah, mempunyai rasa tanggungjawab bagi setiap
perbuatannya. Hal yang demikian disebabkan mereka tahu akan mana yang buruk dan
mana yang baik dan ia lebih menyedari bahawa Allah sentiasa mengetahui akan hal
dirinya lebih dari ia tahu akan dirinya sendiri.
Wallahu ’alam
Sentuhan rohani
Yusof Haji WanJor
Thinker’s libarary Sdn.Bhd.
2001
No comments:
Post a Comment