Asma ul-Husna ke-60
Sesungguhnya Dialah yang
menciptakan (makhluk) dari permulaan dan menghidupkannya kembali, Dialah Yang
Maha Pengampun lagi Maha Pencinta.
(Al-Buruuj:13-14)
Maha Mengembalikan
Secara linguistik, akar katasifat ini adalah kembali, pulang. Kita berdoa
bermaksud: Ya Allah, kami memohon kepadaMu agar memberi kami kepulangan ke
rumahMu, yakni pulang ke Kaabah setelah selesai menziarahinya atau setelah
berada di sana.
Seorang manusia yang mu’id adalah orang yang mampu memahami isu-isu atau
masalah-masalah tertentu dan lain-lain.
Al-Mu’id ertinya hari kiamat. Diriwayatkan bahawa Jibril as suatu ketika
bertanya kepada rasulullah saw: Wahai
Muhammad, apakah engkau mempunyai perasaan nostalgia terhadap tempat
kelahiranmu, tanah airmu? Baginda mengiakannya. Kemudian Jibril membacakan ayat
al-Quran Surah al-Qasas ayat 85 bermaksud: Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu
(melaksanakan hukuk-hukum) al-Quran benar-benar akan mengembalikan kamu ke
tempat kembali.
Kembali ke jalan benar
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keenampuluh dengan
bercermin pada Asma ul-Husna ialah kembali ke jalan yang benar; kepada
kehidupan yang hakiki dan matlamat yang suci.
Kita semestinya kembali kepada Allah berkenaan dengan segala sesuatu. Kita
harus mencamkan dalam fikiran kita bahawa Allah menciptakan dari tidak ada
samasekali. Dialah yang menetapkan takdir kita.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment