Ya Allah Ya Wahhab Ya Rahman Ya
Rahim, sesungguhnya Engkau yang Maha Pembantu, Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Bantulah kami melontarkan sifat-sifat buruk dan segala penyakit yang
ada dalam hati kami.Ya Allah.

Sesungguhnya kami hanyalah
hambaMu Ya Allah Ya Khalik, segala apa yang ada pada diri kami ini adalah
milikMu semata-mata Ya Allah Ya Malik. Kami tidak punya apa-apa Ya Allah.
Ampunilah kami selama ini kerana tidak sedar akan hakikat diri kami dan tidak
mengenal siapa Tuhan kami sebenarnya.
Maafkan kami Ya Afuww,
sesungguhnya kami tidak wajar merasa sombong, merasa hebat dan merasa memiliki
kerana kami hanyalah hamba dan ciptaanMu. Engkaulah yang hebat itu Ya Mutakabbir
yang Maha Besar, Engkau Ya Dzal Jalalii Wal Ikram, yang Maha Memiliki Kebesaran
dan Kemuliaan.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment